Archive

Archive for July, 2012

Allah Maha Kaya, kurniaanNya pada Kedah dan Kelantan!

July 30, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional

Jom boikot tudung Al-Humairah..kerana benci Abby sokong PAS

July 30, 2012 Leave a comment

Gara-gara Tamatkan Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung, AlHumaira Contemporary Diboikot
Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

“4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

“Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat,” tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana “tidak mencapai matlamat yang diharapkan”.

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

“Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini,” kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada “seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC”.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah – ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu – menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

“Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja,” katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

“Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS,” kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

“Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu,” kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

“Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama,” kata Abby ringkas. -mk

Ulasan GB

Karut betul tindakan syarikat tudung (AlHumaira Contemporary) berkenaan.

Apakah PAS sebuah parti tidak berdaftar?

Tidak sedarkah syarikat itu bahawa kini sudah ramai yang menyokong dan menyertai PAS?

Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar. Kebenaran dan keadilan bakal terjawab nanti.

Ramai yang bakal memboikot membeli tudung dari AlHumaira Contemporary!

kemaskini

Rupa-rupanya baru sebentar tadi, seperti yang GB jangkakan di atas, sudah muncul FB mengajak orangramai memboikot syarikat tudung berkenaan. Baru 1 jam dilancarkan sudah mendapat respons LIKE seramai 1553 orang (30.12.2012 jam 950 malam)

Jom berubah…..

July 30, 2012 Leave a comment

Masuk UMNO-BN kerana pangkat, harta, dan kuasa

July 29, 2012 Leave a comment

3 orang “katak politik” ini masuk UMNO-BN kerana pangkat, harta, dan kuasa

 

tapi yang ini keluar UMNO-BN dan sanggup kehilangan pangkat, harta, dan kuasa

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya hari ini. 
Ahli Parlimen Tuaran itu (foto fail) juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin.
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat

UMNO tak mampu buat ini di P. Pinang

July 29, 2012 Leave a comment

Logo Merdeka tiada kualiti – recycle

July 29, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional

…akan jadi kenyaataan PRU 13?

July 29, 2012 Leave a comment

PR vs BN di Kedah

July 29, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional

Negara aman – kes jenayah menakutkan

July 29, 2012 Leave a comment

Rakyat Sabah kena tindas dengan bil air bawah BN

July 29, 2012 Leave a comment