Archive

Archive for June, 2012

KSN seru kakitangan awam sokong kerajaan sedia ada

June 30, 2012 Leave a comment

Datuk Seri Dr Ali Hamsa, KSN baru, menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang.

SOKONG DAN SETUJU: di Selangor, Kedah, P.Pinang, dan Kelantan, semua kakitangan awam dikehendaki sokong kerajaan sedia ada, dan jangan sokong pembangkang iaitu BN yang menjadi pembangkang di empat negeri berkenaan.

Bagaimanapun, adalah dicadangkan beliau letak jawatan dan bertanding dalam PRU. http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/11240-ali-hamsa-lepaskan-ksn-bertanding-atas-tiket-bn

PM Tunku Abdul Rahman – UMNO Khianati Saya

June 30, 2012 Leave a comment

 

Tunku Abdul Rahman: UMNO Mahathir Khianati Saya, Fitnah Saya, Curi Harta Kami…

Pendedahan ini tidak disiarkan di kaca TV Malaysia semasa diawal kekuasaan rejim UMNo-Mahathir untuk elakkan kisah lama terbongkar. Saksikan kebenaran dalam klip video pendek di bawah ini:

http://cabang-sipitang.blogspot.com/2012/06/tunku-abdul-rahman-mahathir-khianati.html

Kata Tunku Abdul Rahman,

“Mahathir buat satu surat kepada saya. Tapi dah diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang. Tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakkan ni… diedarkan. Dia maki saya dalam surat itu dengan berbagai-bagai perkataan.”

“Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu. Dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan. Dibenci oleh askar Melayu. Dibenci oleh polis dan sebagainya. Di situ nampaknya, caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya, buang saya, ubahkan pemerintahan Malaya ini.”

“Dia kata saya ni pro-Cina. Saya berjuang begitu lama dan susah payah, adakah nak angkatkan Cina saja. Ini semua untuk nak bagi tempat dalam kalangan orang Melayu. Itulah tujuan perjuangan saya ini. Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu ini bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi, tunjuk di situ khianatnya.”

“Mahathir dipecat dari UMNo sahaja, kami tidaklah buat apa-apa. Kami cumanya pecat saja dia. Tapi kalau dia (Mahathir) tentu dia buat macam sekarang ni, kurung dalam penjara.”

Tindakan UMNO Baru dengan budaya memfitnah dan memburuk-buruk lawan seteru politiknya sudah lama dipraktikkan sejak krisis politik Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Krisis Perlembagaan 1988 juga disebabkan oleh tindakan Tun Mahathir sendiri yang memperlihatkan sekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Bagaimana mereka fitnah Tunku Abdul Rahman… begitulah juga modus operandi mereka misi memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Pemimpin UMNO pelopor anti-hadis

June 29, 2012 Leave a comment

PM BN vs Presiden Mesir yang baru

June 29, 2012 Leave a comment

Pemimpin Islam Mesir yang baru lebih suka letak nama Allah pada dinding untuk membesarkan Allah dan mengingatkan pemimpin lain kepada Allah. Bekas Presiden sekular Mesir dan PM Malaysia lebih suka letak gambar sendiri untuk keagungan diri sendiri.

Categories: B. Isu Nasional

Bukan Islam tak setuju PRU musim perayaan agama atau kaum

June 29, 2012 Leave a comment

Kalau PRU 13 dibuat masa musim perayaan spt Hari Raya Cina, atau Deepavali, atau Hari wesak atau Hari Krismas, pasti kaum dan penganut agama lain pun tak setuju, tapi Najib dan umno serta melayu umno tidak sensitif dalam bab agama….hingga sanggup nak buat PRU masa musim haji dan musim perayaan agama sendiri….kata Lim Guan Eng

SHAH ALAM:Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) boleh diadakan pada musim haji.

Beliau mempersoalkan tindakan tersebut pada program wacana anjuran Roketkini di sebuah hotel di Shah Alam.

“Tindakan Najib yang ingin mengadakan PRU13 pada musim haji adalah tidak betul dan tidak tepat.

“Najib perlu peka dengan soal ibadat orang Islam, melaksanakan PRU pada musim haji tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penganut bukan Islam juga tidak akan bersetuju jika pilihan raya diadakan pada waktu musim perayaan atau keagamaan mereka.

“Bagaimana Najib nak melaksanakan dalam musim haji yang jelas ia merupakan ibadat kepada umat Islam,” sambung beliau lagi pada program wacana bertajuk ‘Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam’.

Pensyarah Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malek turut menjadi ahli panel sementara Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan bertindak sebagai moderator.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11312-bukan-islam-pun-tak-setuju-pru-musim-perayaan-

Anak muda tak mahu UMNO lagi…

June 29, 2012 Leave a comment

Akhirnya peneroka FELDA ditipu dan tertipu oleh Isa Samad dan FGVH

June 28, 2012 1 comment

Dengan riuh¬†berkokok seluruh dunia kononnya penyenaraian FGVH ke pasaran saham mengalahkan saham facebook. Kononnya untuk menjaga kebajikan peneroka Felda.. Namun hakikatnya semua itu indah khabar dari rupa.. Apa yang ditawarkan kepada peneroka jauh lebih sedikit daripada jerung-jerung besar di FELDA… Bayangkan apa sangat dengan pemberian 800 unit saham bernilai RM4.55 sen seunit…
Bandingkan pula dengan saham yang diperoleh oleh kakitangan FELDA seperti berikut…
1. Jawatan bukan eksekutif…3000 unit
2. Junior eksekutif….6000 unit
3. Pengurus…..25000 unit
4. Pengurus besar…40 000 unit
5. Pengarah eksekutif…75 000 unit

Agak-agak berapa unit saham yang akan diperoleh oleh Pengerusi, Pengarah Besar dan Presiden kumpulan?

Baca lagi:

Categories: B. Isu Nasional