Archive

Archive for February, 2013

Bekas ahli Umno akui bantu warga asing daftar IC di Sabah, 1/2 juta IC biru

February 28, 2013 Leave a comment

bekas wanita umnoBekas ahli Umno akui bantu warga asing daftar IC di Sabah….Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

Wanita 2“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

553167_515490175159680_1087746890_nSiti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

Wanita 1“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Advertisements

Utusan, Utushit, Utusex – akhbar UMNO lidah bercabang

February 27, 2013 Leave a comment

420221_148493908648170_1921594476_n

Categories: G. Koleksi sarkastik

7 agenda anak muda untuk Malaysia yang sejahtera

February 27, 2013 Leave a comment

72904_569266353084548_1539586637_n

Bila nak kalah, BN kata tak muflis kalau turunkan harga kereta

February 27, 2013 Leave a comment

166713_3857847184026_1076756281_n

RM33 ribu membazir duit rakyat bayar bil air rumah PM dan TPM

February 27, 2013 Leave a comment

73415_569275999750250_665215627_n

PR buat 2 jejantas yang BN-UMNO tak mampu buat

February 27, 2013 Leave a comment

560215_569284759749374_218073443_n

Lembu suka pada ceramah dan markas UMNO kerana NFC

February 27, 2013 Leave a comment

419331_216553488489772_623825744_n