Archive

Archive for October, 2012

BN-UMNO galak Syiah berkembang di Malaysia

October 31, 2012 Leave a comment

Wasiat perjuang….

October 31, 2012 Leave a comment

KOTA BHARU: “Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam,” pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

“Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah.

“Ini menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS,” kata beliau.

Samy Velu kutuk Al Quran, UMNO dayus diam sahaja

October 31, 2012 Leave a comment

Urusan tanah Yayasan Selangor tulus dan telus

October 31, 2012 Leave a comment

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah).

Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta (“in cash and kind”).

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara “runding terus” semasa zaman BN tidak lama dahulu.

 

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor

Categories: C. Isu Selangor

Apa beza Syiah dan UMNO?

October 30, 2012 Leave a comment

Apa beza Syiah dan UMNO?

Syiah hina sahabat nabi. Pemimpin UMNO hina janggut Nabi.

Syiah ada Rukun Iman yang lain dari pada Sunni. UMNO tolak satu dpd Rukun Iman, iaitu Percaya kpd Kitab-Kitab, UMNO tolak hudud, iaitu salah satu daripada isi kitab.

Syiah tidak tolak atau hina hudud. UMNO tolak dan hina hudud.

Syiah anjur pesta siksa diri sendiri pada 10 Muharram bagi merasai kesakitan yang ditanggung oleh Syaidina Ali; UMNO anjur dan promosi K-Pop dan menari separuh bogel lucah di Hari Belia.

Adakah Syiah lebih teruk daripada UMNO atau UMNO lebih teruk daripada Syiah?

PR buat rumah untuk rakyat

October 30, 2012 Leave a comment

Kerajaan Selangor hari ini senaraikan statistik berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu bagi menjawab dakwaan pemimpin BN bahawa hanya 1,000 unit rumah jenis itu disiapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (

RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

Bagaimanapun, menurut Iskandar, terdapat masih banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu.

“Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini (bahawa sedikit sahaja rumah mampu bilik dibina) supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ia ternyata tidak benar,” katanya.

Kerajaan Selangor menyenaraikan projek itu bagi menolak dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim bahawa Pakatan Rakyat cuma menyiapkan 1,000 unit rumah, bukan 23,000 unit seperti dijanjikan semasa pilihan raya.

Lim juga sebelum ini dilapor mendakwa, kebanyakan rumah yang siap dibina daripada projek kerajaan terdahulu BN dan hampir tiada projek baru untuk perumahan kos rendah di negeri itu pada masa ini.

Katanya juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini lebih berminat untuk membangunkan kediaman mewah daripada kediaman kos rendah atau sederhana.

Dalam kenyataannya hari ini, Iskandar memberitahu, sebanyak 3,871 rumah kos rendah sedang dibina dan 9,990 sudah diluluskan.

Bagi rumah mampu milik pula, tambahnya, sebanyak 1,628 unit sedang dibina dan dijangka siap antara Disember 2012 hingga Jun 2013.

Sementara itu, Iskandar juga berkata, PKNS juga merancang membina lebih banyak rumah dalam dua peringkat.

Dalam fasa pertama, katanya, sebanyak 1,215 unit rumah lagi akan dibina manakala 9,481 lagi akan dibina dalam fasa kedua (antara 2014-2018).

Categories: C. Isu Selangor

Satu lagi projek BN-UMNO – IC Biru untuk warga asing Mynmar

October 30, 2012 Leave a comment