Home > B. Isu Nasional > Ribuan warga asing Myanmar dapat IC biru percuma!

Ribuan warga asing Myanmar dapat IC biru percuma!

Projek IC Besaran untuk warga Burma terbongkar -saksi

Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA – Saksi

SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.

Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/ribuan-warga-asing-myanmar-terima.html#ixzz2BOdSIVlx

Advertisements
Categories: B. Isu Nasional
  1. Nur Qistina Yasmin
    February 7, 2013 at 6:01 am

    senang nye warga asing..kenapa kerajaan harus bt begitu hanya utk undi…

  2. rashid
    September 5, 2014 at 3:10 am

    Assalammuailaikum,name abdul rashid,saya seorng warga negara myanmar tapi saya lahir di malaysia,walaupun malaysia bkn negara saya tetapi malaysia ade lah tanah air saya,saya hormat negara malaysia walaupun saya bkn warga negara saya tidak mempunyai ic malaysia saya ade la seorng pemenggang kad UNHCR,saya nak minta tolong dari anda boleh ke saya layak dpt ic warga negara malaysia,saya bkn pelarian saya lahir di malaysia dan besar dia malaysia,saya ingin nak jadi warga negara malaysia tetap,saya berterima kasih pade semua untuk menolong saya….saya harap saya dpt pertolongan daripade anda,assalammuailaikum.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: