Home > B. Isu Nasional, D. Risalah edaran > Tun Dr Mahathir MELENTING bila rahsia keluarga terbongkar

Tun Dr Mahathir MELENTING bila rahsia keluarga terbongkar

Laporan Media: Tun Dr Mahathir MELENTING dgn pendedahan d blog SU Ngo R yang bertajuk KELUARGA MAHATHIR KUASAI INDUSTRI PETROLEUM NEGARA ?
Written by admin on November 7, 2012 

Koh Jun Lin
5:21PM Nov 7 2012

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir – Datuk Mokhzani – adalah naib pengerusi SapuraKencana.

Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:

“Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

“Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

“Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

“Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik.”

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November – satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Tun Dr Mahathir MELENTING dgn pendedahan d blog SU Ngo R yang bertajuk KELUARGA MAHATHIR KUASAI INDUSTRI PETROLEUM NEGARA ?
baca di http://syamghaz.blogspot.com/2012/11/anak-tun-mahathir-dapat-projek-petronas.html

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, ‘screenshot’ laman web menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.

Sumber: Malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/213698

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: