Archive

Archive for July, 2012

Kroni UMNO-BN tipu rakyat dalam penjualan kereta!

July 29, 2012 Leave a comment

INI HARGA SEBENAR KERETA IMPOT DAN HARGA SELEPAS UMNO KENAKAN CUKAI UNTUK KAYAKAN KRONINYA ..HARAM JADAH UMNO !!!

Hanya Kerajaan Selangor boleh lulus bina Langat 2

July 29, 2012 Leave a comment

Hafizan Taib, Selangorku

29 Jul 2012

(Khalid [tengah] diapit dua exconya dari PAS dalam majlis pemberian geran tanah semalam)

KLANG: Kerajaan Pusat boleh mengeluarkan tender projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetapi kelulusan mengenai pelaksaannya hanya boleh diberikan oleh Kerajaan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri juga tidak akan terlibat dengan proses tender tersebut kerana beranggapan ia tidak relevan dengan masalah air yang didakwa wujud di Selangor.

Setakat ini, menurutnya, Kerajaan Negeri hanya bersetuju dan ingin berbincang dengan Kerajaan Pusat mengenai proses penstrukturan semula air di negeri itu.

Katanya, pihak tenaga kerja profesional dilantik bagi membuat kajian dan menyiapkan laporan mengenai isu air tersebut dan dakwaan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang mengatakan laporan Kerajaan Negeri tidak betul tidak boleh diterima.

“Jika laporan itu tidak betul, mari kita jumpa dan berbincang. Mengapa gunakan media untuk bertanya? Ia bukan laporan yang saya buat tetapi laporan disiapkan oleh pihak professional yang dilantik Kerajaan Negeri bagi mengenal pasti berkaitan isu masalah air ini.

“Jika anda fikir ia tidak betul, bukan Peter Chin yang patut buat kenyataan tetapi itu tanggungjawab Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas). Ini kerana beliau dibayar melebihi harga pihak profesional. Peter Chin patut menilai perkara ini kerana pembayaran diluluskan lebih RM400,000 sebulan untuknya. Mengapa beliau tidak berbincang dengan kita (Kerajaan Negeri)?” soalnya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian surat kelulusan pemberimilikan tanah kerajaan dan notis 5A di Kampung Sungai Sireh Tambahan di sini semalam.

Menteri Besar selanjutnya berkata, Peter Chin tidak memikirkan tentang perihal rakyat Selangor dan mempersoalkan apa dilakukan menteri itu terhadap rakyat Sarawak.

Beliau berkata, Peter Chin seharusnya memberikan teguran terhadap Pengerusi Eksekutif Syabas berhubung perkara itu.

“Kita akan ingatkan dia kerana perkara ini sangat penting kepada kita. Jika anda fikirkan tentang rakyat maka rakyat akan fikir tentang diri kita tetapi jika anda fikir RM400,000 (gaji bulanan Pengerusi Eksekutif Syabas) adalah lebih penting maka tidak akan memikirkan tentang anda,” katanya lagi.

Dalam laporan media semalam, Kerajaan Pusat akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.- Selangorku

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12040-hanya-kerajaan-selangor-boleh-lulus-bina-langat-2

Categories: C. Isu Selangor

Rais Yatim mejadi kalut dengan logo Kemederkaan

July 29, 2012 Leave a comment

RAIS YATIM CUBA COVER KEBODOHANNYA DAN JG UMNO,KIHKIHKIH SEMAKIN MENIPU SEMAKIN NAMPAK KEBODOHAN UMNO

Bukti Rais Yatim berbohong isu logo kemerdekaan. Mengapa perlu dibuat alasan ” Bahan hiasan ( artwork ) yang dipaparkan oleh SESETENGAH PIHAK setakat ini hanyalah paparan selingan BUKAN LOGO RASMI “..??

[ http://www.bharian.com.my/articles/HariKemerdekaan2012_Tiadalogorasmi/Article/ ]

Sedangkan LOGO tersebut sudah dimasukkan dalam laman web MALAYSIA MERDEKA

[ http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/galeri/tema-dan-logo-kemerdekaan-ke-55 ]

Dan juga dimasukkan dalam JABATAN MUZIUM MALAYSIA

[ http://www.jmm.gov.my/ms/logo-merdeka-55-janji-ditepati ]

Berikut merupakan artikel dari BERITA HARIAN bertarikh 27 Julai 2012 dimana Rais Yatim, berkata tidak wujud soal ciplak dalam LOGO itu, sebaliknya ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

[ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LogoSambutanKemerdekaanasli_/Article ]

Categories: B. Isu Nasional

UMNO perlu bertaubat! PAS tidak terikat dengan DAP

July 29, 2012 Leave a comment

Pemimpin UMNO Dinasihatkan Bertaubat 
oleh Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood

AHMAD Maslan Ketua Penerangan UMNO sarankan agar PAS tidak bersama dengan DAP kerana parti itu tidak bersetuju penubuhan negara Islam .

Wahai Pak MAD Lan ketahuilah , PAS telah berjuang bersendirian sekian lama untuk daulah Islamiyah diMalaysia . Kita tak pernah peduli sama ada DAP sokong atau tidak , sebab mereka bukan Islam dan tak faham keindahan Islam . Yang UMNO bertopengkan Islam dok menentang PAS selama ini apa cerita ? .
Kalau begitu samalah UMNO dan DAP , cuma DAP tak sokong sebab dia bukan Islam dan tak faham . Yang UMNO tak sokong PAS fasal apa ? . Adakah UMNO bukan Islam atau tak faham Islam ? . Sebenarnya Islam UMNO adalah Islam Amerika .

Bagi mereka Islam tiada kaitan dengan tadbir urus dunia . Mereka bertuhankan hawa nafsu . KETAHUILAH ! SIAPA YANG TUNDUK PADA HAWA NAFSUNYA NESCAYA TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA ALLAH SWT . 2. UMNO yang tidak beramal dengan akhlak Islam melakukan pelbagai jenayah dalam pemerintahannya .

Olih itu lebih baik DAP perintah Pulau Pinang daripada MB UMNO perintah Selangaor rasuah serta rompak wang rakyat .

Wahai pemimpin UMNO cukuplah apa yang telah kamu perlakukan kepada pejuang PAS selama ini . Malah kamu bertanggongjawab menakutkan rakyat Islam dan bukan Islam terhadap kesucian Agama Islam selama ini .

Bertaubatlah sebelum terlambat , dibulan Ramadan yang mulia ini merupakan kesempatan terbaik untuk muhassabah diri . Usah terlena dengan kehidupan dunia yang sementara ini . Jadilah pejuang Islam kesinambungan perjuangan Nabi SAW .

Baginda bukan sahaja Imam ketika diMesjid , bahkan memimpin negara Islam terulung Madinah alMunawwarah ketika hayatnya .

Biar foto berbicara…UMNO vs PAS

July 29, 2012 Leave a comment

Royalti minyak Kelantan, bila Najib mahu tepati janji?

July 29, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional

BN belum tunai janji pada pengundi

July 29, 2012 Leave a comment

PR beri geran tanah, BN kata mesin cetak geran rosak

July 28, 2012 Leave a comment

KLANG: 195 keluarga di Kampung Sungai Sireh Utama, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

(Ketibaan Khalid, Halimah dan Iskandar di sambut penduduk tempatan)

Dokumen ini disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka hari ini.
Turut serta dalam majlis ini adalah Adun Selat Kelang Dr. Halimah Ali dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri.

Kebanyakan penerima dokumen ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai setinggan sebelum ini.

Dengan pemberian dokumen ini, mereka terkeluar dari status setinggan selepas puluhan tahun tinggal di atas tanah yang mereka teroka itu.

Di Malaysia Timor, BN kata mesin cetak rosak!

Categories: C. Isu Selangor

Lusuh: Mutu wang kertas baru dipersoal

July 28, 2012 Leave a comment
Harakahdaily, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR:Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.Demikian ulasan di dalam blog http://greenboc.blogspot.comBerikut adalah ulasan penuh.Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.

Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.

Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih.

Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru.

“Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama… Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!” tulis pelayar blog tersebut.

Categories: B. Isu Nasional

UMNO spin PAS sokong Syiah

July 28, 2012 1 comment

Penjelasan Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang mengenai Syiah dan pendirian PAS terhadap Syiah adalah jelas. Hanya UMNO sahaja yang tidak memahami dan keliru dalam isu ini.