Archive

Archive for May, 2013

Inilah peristiwa yang sedang blackout SPR hingga hari ini

May 29, 2013 1 comment

603_337040539757713_1127759577_n

Categories: B. Isu Nasional

10 ciri macai dan cybertrooper UMNO yang jahat

May 29, 2013 2 comments

401897_511518585564375_1589099573_n

Categories: B. Isu Nasional

Kecurangan BN yang tidak ada penyelesaiannya kerana rakyat masih suka kecurangan BN

May 29, 2013 Leave a comment

386786_10151380837747592_65053834_n

Categories: B. Isu Nasional

BN kutip GST dari rakyat untuk beri BR1M pada rakyat

May 29, 2013 Leave a comment

431789_585233278164012_2003802189_n

Categories: B. Isu Nasional

UMNO akan berkubur tidak lama lagi apabila BN menjadi satu parti tunggal semua kaum

May 29, 2013 1 comment

400967_10200716537569610_256619158_n

PHUKET – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.

“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik,” katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.

 

http://www.sinarharian.com.my/politik/cadangan-bn-sebagai-parti-tunggal-rasional-perlu-dikaji-1.163460

Categories: B. Isu Nasional

Safwan Anang dan Adam Adli – hero muda penentang kezaliman dan kecurangan demokrasi BN

May 29, 2013 1 comment

251009_469303709818943_1985418277_n

Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan di bawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah  dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat Umno BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti. Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan.

Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Lokap Sungai Buloh.

575925_314748041991396_839364592_n

“Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah2 penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani’mal wakeel.

.”Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan.” Isteri Safwan Anang.

Categories: B. Isu Nasional

Daeng Sri Wijaya, cybertrooper UMNO, Pembenci No 1 Ustaz Azhar Idrus

May 29, 2013 1 comment

daeng sri wijaya

Categories: B. Isu Nasional