Archive

Archive for August, 2012

Al-Azhar: Tahniah kepada Kerajaan Selangor, JAIS

August 31, 2012 Leave a comment

SHAH ALAM: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menerima baik cadangannya agar Jais menguruskan pendaftaran kemasukkan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar-pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.

 

Berita baik itu telah dimaklumkn oleh Dr Halimah Ali, Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan negeri kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan(gambar) semalam.

 

Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung ke universiti tertua itu menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak.

 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula tidak menguruskan borang-borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini menambahkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.

Justeru, Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke Jais sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.

 

Menurut Mohd Farhan, penerbangan bagi pemohon ujian saringan kedua di Mesir dijangka akan bertolak sebelum 15 September ini.

 

Katanya, pihak Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka menghadapi ujian saringan akhir September ini.

 

Beliau berkata, gesaan itu hasil dari mesyuarat Ilmam Cawangan Selangor kelmarin yang telah bersetuju untuk menggesa kerajaan negeri menguruskan kemasukan pelajar persendirian Selangor ke Mesir.

 

“Mereka ke sana mempunyai beberapa lagi peluang untuk menuntut di Universiti Al-Azhar, kita tidak boleh membiarkan mereka tanpa kita memberikan kebajikan untuk mereka menuntut ilmu di sana. Ini adalah kewajipan sebagai seorang pemerintah,” ujar Farhan.

 

Pihak Ilmam Selangor juga, ujarnya berusaha akan membantu semaksimum yang mungkin dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi di bawahnya seperti evakuasi pelajar ketika negara Mesir bergolak, program-program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain yang pernah dijayakan bersama.

 

Selain itu, jelasnya Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar-pelajar ke Mesir bersama ibu bapa pada 7 September ini.

 

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar-pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-460 1497.

Advertisements
Categories: C. Isu Selangor

Fitnah syaitan UMNO ke atas PR tentang bendera Malaysia

August 31, 2012 1 comment

Pencacai UMNO bawa bendera di bawah dan dakwa PR akan tukar bendera Malaysia kepada bendera seperti di dalam foto ini. Fitnah UMNO sebagai sebuah parti syaitan, meminjam kata Tun M terhadap UMNO-BN

Hadis Nabi: Mengumpat dibolehkan jika…..

August 31, 2012 Leave a comment

Biar foto berbicara…aurat, muhrim

August 31, 2012 Leave a comment

Malaikat itu maksum…Mahathir tak faham bab ini

August 28, 2012 Leave a comment

UMNO busuk sampai ke usus dan kini jadi syaitan – Tun M

August 27, 2012 Leave a comment

UMNO hasut Muslim supaya benci Kristian

August 27, 2012 Leave a comment