Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor, D. Risalah edaran > Jom boikot tudung Al-Humairah..kerana benci Abby sokong PAS

Jom boikot tudung Al-Humairah..kerana benci Abby sokong PAS

Gara-gara Tamatkan Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung, AlHumaira Contemporary Diboikot
Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

“4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

“Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat,” tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana “tidak mencapai matlamat yang diharapkan”.

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

“Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini,” kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada “seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC”.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah – ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu – menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

“Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja,” katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

“Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS,” kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

“Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu,” kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

“Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama,” kata Abby ringkas. -mk

Ulasan GB

Karut betul tindakan syarikat tudung (AlHumaira Contemporary) berkenaan.

Apakah PAS sebuah parti tidak berdaftar?

Tidak sedarkah syarikat itu bahawa kini sudah ramai yang menyokong dan menyertai PAS?

Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar. Kebenaran dan keadilan bakal terjawab nanti.

Ramai yang bakal memboikot membeli tudung dari AlHumaira Contemporary!

kemaskini

Rupa-rupanya baru sebentar tadi, seperti yang GB jangkakan di atas, sudah muncul FB mengajak orangramai memboikot syarikat tudung berkenaan. Baru 1 jam dilancarkan sudah mendapat respons LIKE seramai 1553 orang (30.12.2012 jam 950 malam)

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: