Archive

Archive for May, 2012

Pengundi Kuala Kubu terkejut rekod JPN kata dia sudah mati

May 31, 2012 Leave a comment



(Gambar: Carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan 691130 01 5063 menunjukkan ‘Record not found’)

KUALA LUMPUR: Seorang pengundi di Dun Kuala Kubu Baharu Parlimen Hulu Selangor terkejut apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan beliau sudah meninggal dunia.

Mohamad Diah Arjan berkata, beliau sangat hairan apabila semakan yang dibuat di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan ” Record not found” sedangkan namanya ada dalam sistem semakan di pejabat pos Kuala Kubu Baharu.

Selepas membuat semakan di pejabat pos, beliau yang bernombor kad pengenalan 691130 01 5063 membuat semakan di JPN Kuala Kubu Baharu dan pegawai bertugas memaklumkan bahawa ada menerima laporan berhubung kematian beliau tetapi belum disahkan lagi.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya bertanya bagaimana ia boleh berlaku dan pegawai bertugas memaklumkan ada kesilapan di JPN Putrajaya.

“Selepas seminggu saya datang semula ke JPN Kuala Kubu Baharu dan status telah dibetulkan, bahawa saya masih hidup dan sihat walafiat,” kata beliau dalam aduan yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.

Dalam jawapan kepada aduan yang dibuat beliau sebelum ini, SPR memaklumkan semakan telah dibuat menerusi pangkalan data JPN ke atas nombor kad pengenalan 691130 01 5063 dan didapati bahawa status rekod Mohamad Diah adalah ‘telah meninggal dunia’.

Sehubungan itu, SPR meminta Mohamad Diah membuat pembetulan maklumat di JPN dan memaklumkannya kepada SPR untuk kemasukan semula rekod beliau sebagai pemilih.

Namun ujarnya, semakan yang dibuat di laman web SPR pada jam 1.40 pagi tadi tetap mendapati “record not found”.

Justeru beliau menggesa SPR mengambil tindakan segera bagi mengatasi kepincangan itu supaya beliau dapat mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya harap pihak SPR dapat mengambil tindakan segera supaya saya dapat mengundi dalam PRU 13.

“Jangan kesilapan yang dibuat oleh JPN dan SPR menyebabkan saya tidak boleh mengundi dalam PRU 13.Satu kezaliman kepada rakyat biasa seperti saya,” katanya.

Pengundi terkejut rekod JPN kata dia sudah mati

Categories: C. Isu Selangor

SPR buang 5,652 nama pengundi Selangor yang layak mengundi- Jom BERSIH 4.0

May 31, 2012 Leave a comment

Suruhanjaya Penipu Malaysia (SPR) membuang nama-nama pengundi yang layak mengundi di Selangor dalam PRU 12 dan nama-nama mereka tiada lagi dalam senarai daftar pemilih Selangor

———————–

Klang MP Charles Santiago wants the EC to explain why 3,457 voters have gone missing from the voter list while another 2,195 were transferred out

PETALING JAYA: Klang MP Charles Santiago is baffled over the status of 5,652 voters in his parliamentary constituency who have either gone missing from the electoral roll or been transferred out.

Some 3,457 of the 5,652 voters no longer have their information stored in the Election Commission’s (EC) database, Santiago said.

“We’d like to know from the EC what happened to the missing 3,457 voters. The voter movement is also highly irregular,” said Santiago, who is also Selangor DAP vice-president.

“I don’t think 3,457 people have died in Klang since 2008 because there are no records of any epidemic outbreaks in Klang,” he added.

“We wrote to the EC on May 17 for an explanation but it has not responded to our letter,” said Santiago, who obtained the figures from the EC a fortnight ago.

He also revealed that of the 5,652 voters, 2,195 of them have been transferred to 184 parliamentary constituencies, including Sabah and Sarawak.

The majority were transferred to parliamentary constituencies within Selangor.

According to Santiago, the breakdown within Selangor is:

Kapar (430 voters), Kota Raja (317), Shah Alam (146), Subang (56), Kuala Langat (79), Kelana Jaya (65), Kuala Selangor (55), Hulu Selangor (51) and Hulu Langat (51).

On the 2,195 voters transferred out of Klang, Santiago said that they had neither moved out of Klang nor given their consent to be transferred out to other constituencies.

He added that the number of voters who had their constituencies changed could possibly be higher but he had no proof to substantiate it.

“The EC should clean up its roll. The system is reeking with irregularities,” he said.

When asked on the next course of action, Santago said that he is considering taking legal action against the EC if those affected were willing to come forward and file a complaint.

The issue of irregularities in the voter rolls nationwide was among the reasons which led to the Bersih 3.0 mammoth rally on April 28, calling for free and fair elections.

The rally saw more than 80,000 people converging along roads leading to Dataran Merdeka in Kuala Lumpur which was the focal point of the gathering.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/30/mp-puzzled-over-missing-klang-voters/

Categories: C. Isu Selangor

Ahli UMNO Hulu Selangor keluar parti beramai-ramai

May 31, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

UMNO pengkhianat kepada Raja Melayu

May 31, 2012 Leave a comment

Lagi kejahatan SPR: Senarai daftar perlu diBERSIHkan sebelum PRU13

May 30, 2012 Leave a comment

Ini adalah pembongkaran kejaahatan SPR yang menjadi balaci UMNO-BN dengan menambah pengundi hantu di Kg. Pandan Selangor. Bilangan ahli keluarga dalam satu rumah yang layak  menjadi “banyak” tiba-tiba dalam tempoh 5 tahun!

Data penambahan pengundi untuk 3 jalan yang terlibat :

Adalah mustahil pendaftaran “pengundi hantu” di Kg Pandan dapat dilakukan tanpa bantuan atau restu “pihak atasan”.

Pada 25 Mei lepas, pejabat ini mendedahkan bahawa untuk 3 jalan di Kg Pandan terdapat peningkatan pengundi yang luar biasa dari tahun 2007 hingga 2011. Lebih 300 pengundi baru telah didaftarkan di jalan-jalan itu dan ramai penghuni rumah tidak mengenali pengundi-pengundi yang telah didaftarkan di alamat rumah mereka.

Bagi mendaftarkan pengundi kepada sesuatu alamat, MyKad pengundi tersebut mestilah menyatakan alamat itu. Oleh itu, untuk mendaftarkan beratus-ratus pengundi ke alamat-alamat di Kg Pandan, kesemua mereka mestilah menukar MyKad mereka.

Tetapi adalah mustahil bagi mereka sebagai individu untuk menukar MyKad mereka beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, ada kemungkinan pengundi-pengundi tersebut mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu.

Setakat ini yang telah didedahkan adalah untuk 3 jalan dan melibatkan lebih 300 pengundi. Tetapi ia mungkin melibatkan lebih ramai pengundi di daerah-daerah mengundi yang lain di Chempaka. Maka tidak mustahil ianya adalah sebahagian dari satu operasi bersepadu.

Persoalannya mengapakah Suruhanjaya Pilihan Raya tidak sedar akan penambahan pengundi yang mendadak ini?

Satu siasatan yang terperinci perlu dilakukan. Ianya perlu untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab mendaftarkan “pengundi-pengundi hantu” tersebut.

Daftar pemilih masih tidak kelihatan bersih. Amat payah bagi SPR untuk meyakinkan rakyat bahawa proses pilihanraya di Malaysia adalah bersih, bebas dan adil.Penambahan mendadak pengundi dalam satu rumah.

Penulis adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor merangkap Adun Chempaka

Sumber http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10644-pertambahan-mendadak-pengundi-dalam-satu-rumah

Categories: C. Isu Selangor

Isu air di Selangor, SYABAS bermasalah

May 30, 2012 Leave a comment

 

Air S’gor: MB mahu dedah kroni Umno-BN – Fazy Sahir
May 30, 2012Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mendedahkan syarikat didakwa merupakan kroni Umno-Barisan Nasional (BN) yang lemah dalam menguruskan air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

“Ada beberapa tender dan kontrak yang berbeza. Satu buat loji, terowong dan empangan. Kita sudah ada nama syarikat dan pembiayaan yang dibuat. Sebelum forum air kita akan didedahkan hal ini. Kita akan beritahu kepada semua masyarakat,” kata Abdul Khalid.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Setiausaha Politik beliau Faekah Husin berkata, masalah air di Selangor berpunca daripada pengurusan air yang lemah dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos tarif air tinggi.

Faekah mendakwa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang melibatkan kos RM12 bilion sebenarnya dilaksanakan atas kepentingan kroni pihak tertentu dan bukannya untuk membantu rakyat.

Penstrukturan semula air

Abdul Khalid dalam pada itu menegaskan penstrukturan semula air adalah topik utama berbanding isu Langat 2 dan pengambilan air di Pahang.

Tegasnya penstrukturan semula air penting kerana ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud ketika ini.

“Perbincangan utama adalah penstrukturan semula air dan bukannya tentang Langat 2 atau pengambilan air di Pahang. Semua ini tidak akan timbul jika penstrukturan semula air dibuat,” katanya.

Ujarnya, sebarang pelaksanaan dan pengurusan loji mempunyai kaitan dengan kenaikan tarif air dan beliau mendapati ia mempunyai kelemahan.

“Pengalaman dari angka-angka yang diterima, pembinaan loji adalah dibina oleh Puncak Niaga. Dari segi kos pembinaan dan pembersihan loji adalah sangat tinggi. Jika kos tersebut tinggi maka rakyat turut menerima kesan melalui tarif air,” katanya.

Beliau berkata daripada 33 loji pembersihan di seluruh Selangor, 29 daripadanya dimiliki oleh kerajaan negeri, manakala empat oleh pihak konsesi.

Categories: C. Isu Selangor

Undi PAS dapat pahala

May 29, 2012 Leave a comment

Betapa fanatik dan taksubnya UMNO hingga zalim pada OKU

May 28, 2012 Leave a comment

UMNO-BN buat pengisian rohani untuk remaja-belia

May 27, 2012 Leave a comment

Satu usaha menyesatkan rakyat dengan cara begini, iaitu mengisi rohani rakyat dengan hiburan yang bercanggah dengan Islam.

500 artis dijemput untuk membuat pengisian rohani bagi remaja

UMNO-BN mengajar anak-anak pergaulan lelaki-perempuan bebas, menari dan berseronok sebagai santapan rohani.

Orang UMNO kena tipu hidup-hidup oleh Taukeh Sekinchan Ikan Bakar

May 27, 2012 Leave a comment


Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”

Mungkin ramai yang berkata “ Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang ‘Like’ Facebook BERSIH 4.0 tu?”

Sekali lalu tindakannya itu memang kelihatan bodoh kerana sebelum ini beliau telah mendakwa mengalami kerugian akibat Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui, meskipun Tun Mahathir telah mengatakan hanya orang-orang bodoh yang kini bersama UMNO, yang memimpin ahli-ahli UMNO itu tidaklah sebegitu bodoh sebenarnya.

Perlu kita akui dalam beberapa hal, pemimpin UMNO ini sangat bijak terutama sekali menipu dan memperbodohkan ahli-ahlinya dan juga rakyat Malaysia.

Mereka bijak dalam hal membina kekayaan dengan memperbodohkan penyokong-penyokong dan juga ahli UMNO sendiri.

Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan pulangan?

Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0.. persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu?

Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang ke 1,000,000?

Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini..

Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..

Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya..

Lamborghini Aventador LP 700-4

Dengan RM14 Juta itu beliau mampu memiliki 7 buah Lamborghini model 2012 iaitu Aventador LP 700-4 yang berharga sekitar RM2 Juta sebuah.

Adakah Datuk Jamal bodoh?

Beliau tidak bodoh… tatapi beliau bijak mempergunakan dan mengambil kesempatan dari orang-orang yang bodoh untuk mengaut keuntungan sebenarnya..

Berikut adalah syarat-syarat yang sudah tidak lagi kelihatan dalam “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan”…

    

Oleh itu… jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO!!

Sumber: Patutlah dia sanggup hadiahkan Lamborghini.. Banyak untung yang akan dikautnya.. tengok syarat-syarat ni..