Archive

Archive for April, 2012

Sg. Buluh Selangor: Warga asing jadi pengundi

April 25, 2012 Leave a comment

Saya  ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.

Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.

Apa yang mendukacitakan, ada yang baru sahaja beberapa tahun tiba juga turut diberikan taraf warganegara.

Mereka dihimpunkan secara teratur dan ‘misteri’ di beberapa tempat untuk menguruskan hal ini. Antaranya ialah di sebuah dewan orang ramai di Kuala Selangor dan juga sebuah kem motivasi juga di sana.

Memang terbukti bahawa pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini. Di dalam dewan, mereka diberikan ceramah seperti birotatanegara, angkat sumpah, mengambil gambar dan diuruskan proses pendaftaran SPR secara ‘amat sistematik’.

Inilah yang berlaku di satu tempat.

Bayangkan pula berapa banyak di seluruh Selangor dan juga di tempat2 lain. Saya minta bantuan tuan untuk mendedahkan perkara ini. Minta tolong jgn dedahkan nama saya kerana saya anggota perkhidmatan awam. Walaupun ayah saya seorang pendatang, saya menyayangi Malaysia, kerana disinilah tanah tumpah darah saya.

Kepada pengirim dan pemberi maklumat ini diucapkan berbanyak terima kasih dengan doa Allah melindungi kita semua didunia dan akhirat Up: Email itu diposkan dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan.[wm.kl.6:39 pm 05/08/11]

Baca lagi;

Categories: C. Isu Selangor

Jom turun…versi Enggeris…..!!!

April 25, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

Ayuh bersama..jom tonton?

April 25, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

April 22, 2012 2 comments

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.

Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.

Terbaru, penulis mendapat maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.

Penulis melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya.

Walaupun penulis tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.

Simpanan yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.

Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program tersebut.

Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.

Penulis yakin, kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.

Sumber di sini.

Categories: C. Isu Selangor

MCA Pula Cuba Jual Negara ???

April 22, 2012 Leave a comment

SHAH ALAM, 16 APR : Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini mendedahkan cubaan MCA untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check up semalam.

Hannah berkata, MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang berkunjung ke program itu.

“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.

” Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan dan terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya tetapi kerajaan BN memberikan sesuka hati kepada warga asing,” katanya.

Sementara itu, Saari Sungip yang merupakan Adun Hulu Klang berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.

Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 yang meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana Umno-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.

“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.

– selangorku

Categories: C. Isu Selangor

Selangor tiada pilihan raya selagi daftar tak bersih

April 22, 2012 Leave a comment

KUALA LUMPUR, 18 April: Pakatan Rakyat mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar pemilih.

Categories: C. Isu Selangor

Kejahatan SPR terbongkar 3: Jom BERSIHkan BN-UMNO

April 21, 2012 Leave a comment

Pernah dengar IC warna hijau? IC hijau pun boleh jadi pengundi di Malaysia. SPR & JPN apa jawapan tuan2?

Kejahatan SPR Terbongkar 2: Jom BERSIHkan BN-UMNO

April 21, 2012 Leave a comment

Tiga PR dikesan daftar pemilih di Indera Mahkota

TEMERLOH, 11 Ogos: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang mengesan tiga orang pemegang status penduduk tetap (PR) telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaru di Parlimen Indera Mahkota.

Timbalan Pengarahnya, Mazlan Mohd Yassin, berkata dua daripada mereka telahpun ditukar status warganegara sementara seorang lagi masih kekal dalam Daftar Pemilih Suku ke 2, 2011 yang baru sahaja tamat tempoh bantahan.

Mazlan berkata, pada mulanya PAS Kawasan Indera Mahkota membuat semakan satu persatu nama tambahan dalam senarai daftar tersebut dibandingkan dengan status kewarganegaraan di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara.

“Apabila diteliti didapati dua orang pemegang PR iaitu Saripah binti Yasin dan Musa bin Abdullah tersenarai dalam daftar pemilih di unit peti undi (Upu) Sungai Ular, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah.

“Sementara di Upu Balok Baru dalam Dun yang sama terdapat pemilih bernama Siswanto bin Jalai, juga pemegang PR.

“Pada hari bantahan 2 Ogos lalu, kami pergi pejabat SPR di Kuantan kira-kira jam 11 pagi dan ketiga mereka masih berstatus PR mengikut laman sesawang JPN. Tetapi kira-kira pukul 3 petang nama Saripah dan Musa sudah menjadi pemegang MyKad,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, nama Siswanto masih berstatus PR di laman berkenaan tetapi nama di dalam daftar pemilih SPR tetap kekal.

Mazlan berkata, beliau kesal dengan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Penyelewengan ini berlaku di JPN, kerana taraf kewarganegaraan menjadi terlalu murah dan mudah hanya kerana BN mahu kekal berkuasa.

“Satu lagi saya rasa tempoh semakan dan bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat. Bayangkan daftar pemilih baru dipamer pada 27 Julai dan 2 Ogos merupakan tarikh akhir untuk membantah. Ini bermakna kita cuma ada lima hari bekerja sedangkan negeri Pahang ini luas,” katanya.

Ujar Mazlan, selain daripada masalah PR, PAS Pahang juga dapat mengesan banyak alamat pengundi yang meragukan iaitu jumlah pengundi yang besar pelbagai bangsa berada di satu alamat yang sama.

Justeru beliau berharap SPR dapat membersihkan daftar pemilihnya sebelum diwartakan untuk memelihara integriti badan tersebut.

SUMBER : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4854-tiga-pr-dikesan-daftar-pemilih-di-indera-mahkota

Categories: B. Isu Nasional

Kejahatan SPR Terbongkar 1: Jom BERSIHkan BN-UMNO

April 21, 2012 1 comment

Categories: B. Isu Nasional

BN-UMNO guna budak sekolah dalam politik, satu tindakan terdesak!

April 17, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional