Home > C. Isu Selangor > PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.

Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.

Terbaru, penulis mendapat maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.

Penulis melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya.

Walaupun penulis tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.

Simpanan yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.

Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program tersebut.

Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.

Penulis yakin, kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.

Sumber di sini.

Categories: C. Isu Selangor
  1. Zul Selangor
    May 31, 2012 at 1:42 am

    Berapa jumlah hutang PTPTN pada tahun 2020?

    Muhammad Faizal,
    30 Mei 2012
    PETALING JAYA: PKR hari ini mendesak Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan kepada rakyat berapakah jumlah hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2020 dan berapakan pula unjuran kutipannya kelak.

    Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, Khaled juga harus menyenaraikan langkah-langkah yang sedang diatur oleh BN untuk memastikan kutipan hutang PTPTN adalah lebih tinggi dari rekod setakat ini.

    “Dengan kadar kutipan sebanyak RM2.22 bilion sahaja bagi tempoh 1997 hingga 2010 ini menimbulkan pertanyaan besar sama ada jumah hutang ini akan dapat dikutip pada suatu hari nanti.

    “Persoalan jumlah hutang bakal ditanggung oleh PTPTN ini juga membawa dimensi baru dalam polemik model pendidikan tinggi negara,” katanya.

    Tambahnya lagi, persoalan jumlah hutang ini sangat penting untuk membolehkan rakyat menilai bagaimakah bentuk pendidikan tinggi yang mampan untuk negara.

    Sebelum itu, di antara tahun 2005 hingga 2010, berlaku peningkatan ketara jumlah pinjaman yang diberikan kepada Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

    Di mana jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada IPTA bagi tahun 1997 sebanyak RM212 juta dan meningkat kepada RM2.58 bilion bagi tahun 2010.

    Manakala untuk IPTS pada tahun 1997 sekitar RM7 juta tetapi meningkat mendadak melebihi IPTA iaitu RM3.5 bilion bagi tahun 2010.

    Jika kesemuanya dijumlahkan, bermakna sehingga 2010 sejumlah RM6.094 bilion telah diberi pinjam dan hanya RM2.22 bilion sahaja yang dapat dikutip.

  2. Amks
    May 31, 2012 at 1:50 am

    Keluhan graduan IPTS yang berhutang dengan PTPTN
    Posted on Wednesday, May 30 @ 03:13:55 PDT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

    Oleh: amkns

    “Apakah ada kebenarannya keluhan di bawah ini? Adakah PTPTN lebih banyak menguntungkan kolej swasta/IPTS?
    Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima.
    Aduan Rakyat 30 Mei 2012 – SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

    Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.

    Pelajar terbabit turut tertekan pengambilan pelajar IPTS dalam program itu kemungkinan tidak mengambil kira unjuran pengambilan guru ditetapkan Kementerian Pelajaran yang dengan sendirinya menutup peluang mereka menjadi guru.

    Ini ditambah dengan pelanjutan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun seperti diumumkan dalam Bajet 2012 yang dikhuaitiri menutup peluang graduan kolej dan universiti swasta menceburi profesion keguruan.

    Inikah cara kerajaan mengutamakan rakyat? Pinjaman ptptn sebanyak hampir rm50,000 mcm mana pelajar itu nak membayar? Kenapa lulusan sekolah cina kerajaan boleh terima jadi guru? Takut ke kepada persatuan cina kerana undi untuk pru 13? jika kerajaan tidak mengiktiraf ijazah ipts kenapa diberi lesen kpd ipts untuk jalan kursus ijazah pendidikan? apa gunanya dan maknanya diberikan taraf MQA kepada ipts tersebut?

    Nama ipts pun sempena nama EX PM Tun Abdul Razak. Tdak ada standard ke ipts tersebut? Kursus tersebut sudahlah mahal kerja pula tak diberikan. Apa nak jadi kepada org2 kampung mcm kami yg teraniaya ini?

    Mungkin pembangkang boleh tolong kami mengatasi masalah kami.Tunggulah pada PRU 13 ini.Kami akan tunjukkan kuasa kami.

    Ipts pula tidak memberitahu bakal2 pelajar bahawa pekerjaan tidak dijanjikan atau bla bla. sampai masa nak habis kursus baru ipts tersebut mengatakan kerja tiada dan tak layak kerja dgn kerajaan.Duit ptptn habis disedut. ini salah siapa dan siapa tipu siapa? Faktanya yang menjadi mangsa adalah orang2 kampung seperti kami. Inilah permainan orang2 bandar yang cerdik/kaya kebanyakan nya kroni kerajaan. PM nak rasa denyut nadi rakyat tapi kroni2nya sedut darah rakyat. Adilkah kerajaan kita hari ini???

    By: JH Rahman

    PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

    http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-ijazah-pendidikan-ipts-kpm-tak-nak-terima

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: