Archive

Archive for April, 2012

Ahli Parimen UMNO-BN Sabak Bernam buat tuntutan palsu RM80 ribu

April 15, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

Rakyat patut tahu salah urus BN-UMNO dalam Yayasan Selangor

April 15, 2012 Leave a comment
Categories: C. Isu Selangor

Skandal UMNO Tanjung Karang

April 14, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

PKPS bawah BN 2007 rugi RM20 juta! Tak pandai urus? Tak pandai menipu?

April 14, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

Puchong: YB Satim menipu rakyat dan membolot harta rakyat Selangor

April 14, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

Najib guna RM2.71 bilion untuk rampas Selangor! Dari mana duit tu?

April 14, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

150 projek infra lulus bawah Geran Selangorku, BN Selangor makin pening

April 14, 2012 Leave a comment

SHAH ALAM, 14 April:Sebanyak 150 projek infrastruktur di seluruh negeri telah diluluskan menggunakan peruntukan di bawah Geran Selangorku yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa satu hingga empat.

Kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar yang dikeluarkan hari ini menyatakan bagi fasa satu sebanyak 19 projek infrastruktur diluluskan dan akan dimulakan dalam waktu terdekat selepas proses pemilihan kontraktor selesai.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, fasa dua pula sebanyak 17 projek diluluskan, fasa tiga 37 projek dan fasa empat 77 projek.

(Gambar: Khalid merasmikan Gelanggang Futsal Sungai Ayer Tawar.)

“Bagi fasa satu dan dua, peruntukan yang diluluskan untuk kesemua projek ini sebanyak RM5.4 juta manakala fasa tiga dan empat masih di peringkat perbincangan.

“Projek- projek yang diluluskan ini melibatkan kerja membaiki, membina dan menurap semula jalan, memasang lampu jalan, membina longkang, menaik taraf masjid,  pembinaan inftrastuktur sukan seperti gelanggang futsal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penerangan Geran Selangorku kepada penduduk di Sungai Ayer Tawar di Sabak Bernam sempena Program Khas Mesra Rakyat fasa tiga peringkat Daerah Sabak Bernam, semalam.

Geran Selangorku memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk projek inftrastruktur. Peruntukan itu hasil kejayaan kerajaan negeri mengutip semula hutang TALAM yang kemudian disalurkan semula kepada rakyat.

Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai pegawai kanan kerajaan negeri menentukan kelulusan projek berkenaan termasuk pemilihan kontraktor manakala proses sebut harga dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah.

Daripada 150 projek itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 29 projek diikuti Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebanyak 27 projek, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) masing-masing 15 projek.

Mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, Sri Muda menerima kelulusan terbanyak dengan 31 projek, Meru (20), Telok Datok (13), Morib (14) dan Selat Klang (7).

Sementara itu, Program Khas Mesra Rakyat dimulakan dengan Menteri Besar menghadiri perhimpunan di Dewan Seri Bernam bersama pemimpin masyarakat diikuti sesi aduan rakyat yang memberi peluang orang ramai mengadu masalah secara terus kepada Exco, pejabat daerah dan tanah.

Menteri Besar selaku Exco Pembangunan Tanah juga meluangkan masa hampir sejam untuk menyelesaikan beberapa masalah tanah yang diadu  kepada beliau.

Pada sebelah petang, Menteri Besar meramah mesra dengan golongan belia dan menyaksikan perlawanan futsal antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pasukan pilihan belia tempatan sekali gus merasmikan Gelanggang Futsal Sungai Ayer Tawar.

Pada malam pula diadakan ramah mesra dan jamuan rakyat di Stadium Mini Sabak Bernam.

Categories: C. Isu Selangor

Rakyat Selangor akan derita jika BN ambil alih semula!

April 14, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

Noh Omar khianati penduduk Selangor kerana politik busuk UMNO-BN

April 14, 2012 Leave a comment

Categories: C. Isu Selangor

Tg Sepat: Dato’ Dr Karim UMNO-BN eksploit ladang babi

April 14, 2012 Leave a comment

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat

Apr 14, 08 12:35pm

Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk – tempat projek itu diadakan – turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch’ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

***********************************************************************************************
sumber daripada mahbobmahbeb youtube.
***************************************************************************************

Categories: C. Isu Selangor