Home > C. Isu Selangor > Kassim Ahmad yang murtad disanjung oleh Tun Mahathir

Kassim Ahmad yang murtad disanjung oleh Tun Mahathir

 

1797453_455002771293243_1562108480_n1966933_750631538280735_1666726159_n

Categories: C. Isu Selangor
  1. February 21, 2014 at 10:34 am

    Assalamualaikum. Jelas sekali, Kassim Ahmad semakin berani dan tiada tindakan undang2 dikenakan kepadanyha kerana ada tangan ghaib yg menyokong dan mendokongya, iaitu Tun Mahathir.

    http://www.bicaradariaku.com/2014/02/tun-mahathir-terpengaruh-dengan-fahaman.html

  2. February 24, 2014 at 7:05 am

    Salam utk semua,

    Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.

    Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.

    Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!

  3. zab
    April 4, 2014 at 7:29 am

    Selain penghasad, Kassim juga sebenarnya adalah seorang pembohong yang menyembunyikan sumber sebenar pengambilan idea-idea asasnya. Dia tidak memiliki sebarang idea asli yang mampu meletakkannya sebaris dengan alim-ulama’ dahulu yang dikritiknya itu, apatah lagi mengatasi sumbangan mereka kepada Tamadun Islam. Ketika dia heboh mencanangkan kepada Kaum Muslimin kepentingan berfikir dan berijtihad, dia sendiri bertaklid buta terhadap idea-idea pemikir sekular yang merupakan dewa-dewa pujaannya. Maka kita dapati tiada apa yang baharu mahupun asli dalam bacaannya terhadap sejarah dan tradisi. Dia hanya sekadar mengulang-ulang pandangan Harvey Cox, Max Weber, Freidrich Schiller dan lain-lain tanpa kefahaman.

    Maka Kassim Ahmad sebenarnya bukanlah menentang pendewaan kepada selain Allah, dia hanya menentang pendewaan terhadap Muhammad dan alim-ulama’. Sebabnya adalah kerana pendewaan itu bercanggah dengan pendewaan yang dipersetujui dan diamalkannya iaitu pendewaan terhadap pemikir-pemikir sekular Barat khususnya dari kalangan ahli sosiologi sepertinya. Mereka semua menyeru manusia ke arah perubahan dan keduniaan. Perubahan yang mereka maksudkan itu merujuk kepada perubahan dalam pemikiran manusia sejajar dengan perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam dunia. Ia menuntut perubahan nilai, kepercayaan dan ilmu, dan perubahan itu hendakluh dibiarkan terus-menerus berlaku sebagai suatu evolusi. Dalam pemikiran sebegini, tradisi adalah musuh utamanya. Justeru Kassim menjadikan tradisi Islam yang diasaskan kepada tradisi ilmunya yang tersendiri itu sebagai sasaran serangannya. Beliau tahu, selagi mana Kaum Muslimin berpegang kepada tradisi itu maka amat sukar untuk pemikiran sekular yang menjadi akidahnya itu diterima-pakai sebagai asas baharu pentafsiran al-Qur’an.

    Ulama’ bukanlah maksum, dan setiap Muslim mengetahuinya. Mereka juga tahu bahawa kemaksuman bukanlah syarat penerimaan umat terhadap kepimpinan mereka. Mereka diterima kerana jasa dan keikhlasan mereka berkhidmat kepada Islam. Kecaman melulu Kassim Ahmad terhadap ulama’ sudah mengeluarkannya dari golongan yang menghormati batas-batas Allah. Namun, disebabkan oleh keterujaannya yang melampau terhadap persoalan politik dan kuasa, Kassim terlepas pandang bahawa masalah sebenar yang dihadapi oleh Kaum Muslimin adalah masalah ilmu. Disebabkan ketiadaan ilmu yang benar itulah mereka tidak dapat membezakan antara ulama’ sebenar dengan ulama’ palsu. Yang sepatutnya menjadi sasaran Kassim adalah ulama’ palsu akan tetapi kerana kehampaan ilmu maka beliau juga tidak dapat membezakan antara keduanya. Justeru, tentulah melucukan melihat gelagat Kassim berucap memberi amanat pada suatu perhimpunan yang membicarakan tentang kepimpinan. Ia ibarat menjemput orang buta berbicara tentang warna…ikim.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: