Home > B. Isu Nasional > Seorang rakyat buat laporan polis dakwa warta PRU13 ada kesalahan ketara yang tidak dibaiki

Seorang rakyat buat laporan polis dakwa warta PRU13 ada kesalahan ketara yang tidak dibaiki

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda bertindak membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pewartaan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dianggap salah, tidak benar dan tidak sah.

Laporan polis tersebut dibuat Mohd Azlan Mohd Sharif, 32, di Balai Polis Klang Selatan, hari ini.

Dalam salinan laporan polis yang turut dikirim kepada Harakahdaily, Azlan menyatakan terdapat kesilapan dalam warta kerajaan iaitu bagi bahagian pilihan raya N50 Sri Muda, Selangor yang kemudian diperbetulkan SPR di bahagian undi rosak atau ditolak pada 31 Mei lalu.

“Bahagian P.U.(B) 242/2013 hingga P.U.(B) 257/2013 bagi undi rosak tersebut diperbetulkan dan diganti dari perkataan 390 kepada 406.

“Bagaimanapun ‘corrigendum’ atau pembetulan untuk undi hilang atau tidak dikembalikan tidak dibetulkan,” laporannya dipetik.

Justeru, beliau yang telah membeli naskhah warta tersebut, semalam, dan membuat semakan mendakwa kesilapan tidak membetulkan perkataan 79 ke 63 ini menyebabkan jumlah kiraan undi bagi seluruh rakyat Malaysia menjadi salah, tidak benar dan tidak sahih.

Dengan kata lain, Azlan dalam laporan polisnya menyebut kesilapan SPR tidak membetulkan kesilapan itu menjadikan warta kerajaan keputusan PRU13 terbatal dan tidak sah sehingga ia disahkan semula.

Beliau juga mendakwa kesilapan dalam membuat corrigendum ini membuktikan bahawa tidak boleh ditolak kemungkinan terdapatnya kesilapan lain yang masih belum dikenalpasti SPR, tetapi ditemui pihak lain.

Sehubungan itu, beliau mendesak dengan laporan polis tersebut, tempoh petisyen pilihan raya dapat dilanjutkan 21 hari bermula 31 Mei 2013, selaras dengan corrigendum yang dibuat SPR.

Pada 22 Mei lalu, SPR mewartakan keputusan rasmi PRU-13, bagi membolehkan calon dan parti politik yang tidak berpuas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing dalam tempoh 21 hari.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19815-lelaki-lapor-polis-dakwa-warta-pru13-salah

Categories: B. Isu Nasional
  1. Vaucer Zalora
    July 31, 2013 at 6:05 pm

    Dah tiga jam cari… jumpa akhirnya … terima kasih atas maklumat yang amat berguna nie… saya terhutang budi dengan blog ni..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: