Home > B. Isu Nasional > Pengundi buat 7 laporan polis tentang kesilapan besar SPR! Apa lagi SPR mahu?

Pengundi buat 7 laporan polis tentang kesilapan besar SPR! Apa lagi SPR mahu?

KUALA LUMPUR: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif yang membuat tujuh laporan polis berkaitan dengan pewartaan pilihan raya oleh SPR meminta Majlis Peguam Malaysia menyiasat laporan beliau.

Dalam suratnya kepada Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, Azlan meminta  Badan Peguam Malaysia itu menyiasat dakwaan warta PRU13 dan warta corrigendum berbeza dengan borang 16 (keputusan 5 mei 2013).

Surat itu telah dihantar oleh Azlan semalam, 16 Jun kepada
Majlis Peguam.

Enam laporan polis berpandukan warta pru13 (digazet pada 22 Mei 2013) itu adalah:

1. SALAK SOUTH/004638/13 -undi hilang (masa lapor: 1431pm)

2.SALAK SOUTH/004639/13-salah kira undi (masa lapor: 1448pm)

3.SALAK SOUTH/004640/13-maklumat yang telah berubah (masa lapor: 1457pm)

4.SALAK SOUTH/004643/13-perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan dun (masa lapor: 1506pm)

5.SALAK SOUTH/004644/13-kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan (masa lapor: 1532pm)

6.SALAK SOUTH/004646/13-minta ketua polis negara ambil tindakan terhadap anggota polis yang cuai (masa lapor: 1544pm)

Kemudian, beliau membuat satu (1) lagi laporan polis berpandukan warta pru13 dan warta corrigendum (digazet pada 31 Mei 2013):

1. SALAK SOUTH/004849/13

“Sehubungan itu, berdasarkan TUJUH (7) laporan polis saya ini dan analisa keputusan sebelum dan selepas warta membuktikan pihak SPR tidak mewartakan keputusan PRU13 seperti yang diumum oleh Pegawai pengurus bagi 727 kerusi parlimen dan dewan undangan negeri pada 5 Mei 2013 berdasarkan Borang 16 bagi setiap kerusi walaupun telah mewartakan pada 22 Mei 2013 dan corrigendum pada 31 mei 2013,” katanya.

Azlan mendakwa, terdapat undi hilang, salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan dun dan kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.

“Oleh kerana masa petisyen semakin hampir, saya berpendapat Badan Peguam Negara sesuai mengetengahkan isu ini segera kepada pihak berkuasa.

“Pertimbangan dan nasihat Badan Peguam Malaysia sangat saya hargai,” kata Azlan dalam suratnya yang salinan diberikan kepada Harakahdaily.

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: