Home > B. Isu Nasional > UMNO akan berkubur tidak lama lagi apabila BN menjadi satu parti tunggal semua kaum

UMNO akan berkubur tidak lama lagi apabila BN menjadi satu parti tunggal semua kaum

400967_10200716537569610_256619158_n

PHUKET – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.

“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik,” katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.

 

http://www.sinarharian.com.my/politik/cadangan-bn-sebagai-parti-tunggal-rasional-perlu-dikaji-1.163460

Categories: B. Isu Nasional
  1. tukang gali
    May 30, 2013 at 2:37 pm

    dah tak boleh buat apo dah…tanam aje lah….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: