Home > B. Isu Nasional > Dakwat kekal untuk PRU: SPR menipu, media UMNO-BN menipu, rakyat kena tipu

Dakwat kekal untuk PRU: SPR menipu, media UMNO-BN menipu, rakyat kena tipu

Friday, May 3,2013
Pakar Kimia Dakwa Dakwat Kekal Tidak Perlu Digoncang, SPR Kantoi lagi ???
215280_245846395553688_57759050_n
Selepas beberapa siri pendedahan pengundi awal yang membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU kali ini mudah dipadamkan, SPR dalam satu kenyataannya mendakwa tatacara penggunaan dakwat itu tidak betul. Kononnya, dakwat itu perlu digoncang dalam tempoh tertentu sebelum boleh digunakan. Jikabegitu mengapa petugas SPR tidak mengetahui hal itu?

Persoalan lain, adakah dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ada dua jenis. Satu yang boleh dipadamkan, satu lagi yang tidak boleh dipadamkan dalam tempoh tertentu? Atau sememangnya dakwat kekal SPR memang mudah dipadamkan?

Namun, pendedahan pakar kimia di bawah ini dapat membidas alasan yang tidak masuk akal SPR:

[HD] Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.

Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.

Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google “election Ink”.

Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.

Abd. Hamid Othman
013-3376862

P/s: Khabarnya, sebanyak RM5 juta duit rakyat Malaysia digunakan untuk membeli dakwat ini. Mohon rakyat Malaysia berdoa agar sebarang perancangan jahat untuk memanipulasi keputusan PRU13 digagalkan dengan kuasa Yang Maha Esa!

credit : Wan Mansor Wan Salleh

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: