Home > B. Isu Nasional > Tayangan video lucah oleh UMNO-BN di kawasan masjid

Tayangan video lucah oleh UMNO-BN di kawasan masjid

164245_10200542384235451_2083113248_nUMNO-BN tayang video lucah secara terbuka, kepada orang dewasa dan kanak-kanak bawah umur. Samada isi dalam video benar atau tidak adalah perkara kedua. Perkara pertama ialah adalah menjadi kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan menayang, mengedar, atau memiliki video lucah dalam negara Malaysia

 

935025_244505099021151_1543593643_n

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.
Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.
Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.
“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.

Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.
“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.

Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.
“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa.

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: