Home > B. Isu Nasional > ISMA=PERKASA proksi UMNO bertanding atas tiket BERJASA untuk pecahkan undi Melayu Islam

ISMA=PERKASA proksi UMNO bertanding atas tiket BERJASA untuk pecahkan undi Melayu Islam

12010_528908470495398_1581051469_n

HUJAH MENARIK UNTUK ISMA YANG SELALU MENFITNAH DAP.

Petang tadi saya di khabarkan oleh seorang teman muslimat di Bangi bahawa orang kuat ISMA kempen maklumat kalau DAP menang..negara malaysia akan jadi negara kristian..saya sahkan.,.berita tu benar (tak guna saya bohong..saya belajar agama)..ditambah lagi dgn berita2 palsu ini di share geng isma di laman fb..fakta yang agak lucu dan songsang..tapi sedap amik dan sebar..saya sediakan beberapa fakta berkenaan dengan perkara ke 2 dan ke 3 dalam poster (POSTER 7 PERKARA YANG SAMA DIANTARA ISMA & PERKASA ( linkhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=528782183841360&set=a.498211783565067.131121.498199290232983&type=1&relevant_count=1 ) tu..menafikan berita songsang ini :

Hujah Pertama : DEKLARASI PAKATAR RAKYAT (Persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan. Secara bersama, permuafakatan Pakatan Rakyat telah mengisytiharkan resolusi ) :

1-Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agamaagama lain untuk diamalkan di Malaysia.
2- Hak Istimewa Bumiputra dan melaksanakan hak yangdil kepada semua kaum
3-Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hak bahasa ibunda berbagai
kaum.
4- Kedudukan Raja berperlembagaan (Ucapan Muktamar PAS 2012, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

Hujah kedua : Mengikut statistik dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, penduduk Kristian merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Ini bererti dari jumlah penduduk 28,334,135 orang di Malaysia, seramai 2,617,159 orang adalah penganut Kristian.- Daripada jumlah 2.6 juta orang Kristian di Malaysia, 710,447 orang tinggal di Semenanjung, sementara 853,726 orang tinggal di Sabah dan 1,052,986 orang menetap di Sarawak. Ini bererti bahawa majoriti orang Kristian di Malaysia (72.8%) tinggal di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya adalah pengguna Bahasa Malaysia..dan 9 hingga 10 % tidak akan mampu dan MUSTAHIL menjadi penguasa negara kerana ia sangat minoriti dan juga memerlukan kuasa majoriti parlimen

Hujah ketiga :

1. Artikel 43 [1] (perlembagaan Malaysia) memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

2. Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) memiliki 222 kerusi yang mewakili seluruh Parlimen di setiap negeri di Malaysia. Berdasarkan mesyuarat dan persetujuan antara pimpinan Pakatan Rakyat, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding sekitar 46 – 50 kerusi Parlimen, manakala PAS dan PKR pula akan meletakkan calonnya masing-masing di 172 kerusi Parlimen yang lain yang mana majoriti mereka adalah ISLAM. Ini bermakna, jika PAKATAN RAKYAT menang di parlimen penguasaan majoriti kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) masih di pihak Melayu Islam yang mana majoriti anggota parlimen ISLAM iakan bersama mewajili keyakinan dipersembah kepada Sultan untuk perlantikkan Perdana Menteri Islam.

3. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan Ketua Menteri LIM GUAN ENG pada PRU 2008,peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam bertambah dari 2009 hingga 2012 sebanyak 33.2 pada 2009, 38.9 pada 2010 . 45.7 pada 2011 dan 64 juta pada tahun 2012. Fakta ini menjelaskan mereka tidak anti Islam malah membantu perjalanan Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang. Berbeza dengan zaman pentadbiran sebelumnya hanya 25.7 juta pada tahun 2006
ADAKAH MUNASABAH LIM GUAN ENG DARI DAP BANTU HAL EHWAL ISLAM TAPI MAHU MENUBUHKAN NEGARA KRISTIAN, SEOLAH INI BERTENTANG DENGAN PERANAN DIA MEMBANTU ISLAM DI PULAU PINANG.

Hujah keempat :

1.Untuk mengatakan DAP akan memerintah dengan kristianisasi jika menang, DAP sebagai parti politik sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Tuduhan konspirasi ‘negara Kristian’ adalah fitnah semata-mata.

2.Kedudukan istimewa Melayu yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ada beberapa fakta lagi yg saya tak kemukakan..hasil kajian saya sendiri..tapi itu pun dah cukup..tak guna juga saya post kalau depa ni geng MALAS baca dan kaji..bukan pertahankan DAP, ini bukan wayang kulit..ini politik..jangan di perbodohkan hanya dengan semangat. kdg2 lucu dengan depa ni..bersemangat tapi, atas angin sja, Islam ajar kita adil dgn manusia.ABCD !

Terima kasih Musafir Haraki diatas hujah-hujah anda..

ABI

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: