Home > C. Isu Selangor > 5 tahun PR perintah Selangor, tidak lekat kes rasuah pada EXCO

5 tahun PR perintah Selangor, tidak lekat kes rasuah pada EXCO

 

MB

KUALA LUMPUR 5 APRIL: Rakyat Selangor perlu mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat jika tidak mahu negeri itu ditadbir pemimpin rasuah dan salah guna kuasa seperti pentadbiran terdahulu, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

 

Khalid berkata, sepanjang lima tahun mentadbir Selangor, Pakatan berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat dengan menjaga kredibiliti mereka selaku pemimpin yang bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Harapan saya dan barisan Exco agar pengundi di Selangor membuat penilaian terbaik berdasarkan pencapaian kami selama lima tahun.

“Kami amat bangga kerana sepanjang tempoh ini, tiada seorang Exco, Adun atau pegawai tinggi kerajaan yang menghadapi tuduhan salah guna kuasa dan rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Khalid, rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang diseiringkan dengan kebajikan sebagai teras pentadbiran Pakatan di Selangor.

“Saya menyeru kepada seluruh pengundi dan rakyat Selangor agar terus memberikan kami mandat agar kami dapat meneruskan sebuah pentadbiran reformasi.

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: