Home > B. Isu Nasional > Kejayaanan dan Kegagalan 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) GTP

Kejayaanan dan Kegagalan 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) GTP

Penerima-Bantuan-NKRA-Diwajibkan-Buat-Akujanji

Perbandingan Kejayaanan dan Kegagalan 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) GTP

1. Mengurangkan jenayah

a.Hasil menurut laporan BN

i. Pada tahun 2012, jenayah Indeks: -7.6%, jenayah jalanan: –41.3% .
ii. Keseluruhan GTP 1.0, jenayah Indeks: -26.8%, jenayah jalanan –40.8%.
iii. Meningkatkan jumlah tangkapan yang dibicarakan (34.7% pada tahun 2012).

b. Kegagalan
i. Walaupun Laporan GTP 2011 menyatakan kadar indeks jenayah telah menurun, malah persepsi rakyat terhadap jenayah adalah lebih tinggi daripada jumlah aktiviti jenayah secara keseluruhan.
ii. Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch mendedahkan PDRM hanya menggunakan kategori jenayah indeks bagi mengira turun naik kadar jenayah tetapi tidak mengambil kira jenayah bukan indeks dalam pengiraan NKRA.
iii. Jenayah seperti culik, pemerasan, ugutan jenayah dan mencederakan (Sek. 323 K.K) bagi tempoh Jan-Jun 2012 adalah sebanyak 6,631 kes manakala jumlah bagi tempoh masa saa 2011 adalah sebanyak 6,752.
iv. Jenayah bukan indeks iaitu kecurian kenderaan seluruh Malaysia daripada Julai-September 2011 sebanyak 17,645 dan dalam tempoh sama pada 2012 meningkat 3.5 peratus kepada 18,269.
v. Pada April hingga Julai 2012, beberapa kes rompakan terjadi di kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah, termasuk Mid Valley, One U, dan Publika.
vi. Baru-baru ini (Mac 2013), seorang guru Amerika menahan sebuah teksi berhampiran pusat beli-belah untuk pulang ke rumah di Damansara Perdana, diculik, ditahan oleh pemandu teksi dan dirogol oleh sejenayah. Kes ini menarik perhatian kedutaan AS .

2. Memerangi rasuah
a.Hasil menurut laporan BN
i. Malaysia satu-satunya negara yang menjadikan pembasmian rasuah di antara pelan transformasinya.
ii. CPI bertambah baik daripada tangga ke-60 tahun 2011 kepada tangga ke-54 tahun 2012.

b. Kegagalan
i. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia telah menurun kepada 4.3 daripada 10 dan tangga ke-60 daripada 183 negara dalam tempoh pentadbiran Najib.
ii. Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.
iii. Ia hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu
a.Hasil menurut laporan BN
i. Peningkatan enrolmen kepada 80% bagi kanak-kanak usia prasekolah.
ii. Saringan kohort ketiga di bawah program Saringan Literasi dan Numerasi NKRA menunjukkan kadar kecekapan sebanyak 82% dan 90% bagi setiap kategori masing-masing.
iii. Kira-kira sejumlah 61,000 guru Bahasa Inggeris telah diuji di bawah Ujian Penempatan Cambridge (CPT) bagi mengukur kecekapan mereka dalam bahasa Inggeris.
iv. Mengeluarkan 164 buah sekolah berprestasi rendah kepada jaluran yang lebih baik.

b. Kegagalan
i. “Trends in International Math and Science Study” (TIMSS) 2011 menunjukkan Malaysia telah turun beberapa dalam tangga kedudukan dan markah purata bagi Matematik dan Sains.
ii. Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2011 merosot kepada 440 mata berbanding dengan 474 mata pada tahun 2007. Dibelakang negara-negara seperti Korea, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun, yang menduduki lima tangga teratas seluruh dunia.
iii. Skor Sains 2011 merosot kepada 426 mata pada 2011 berbanding 471 pada tahun 2007.

4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
a.Hasil menurut laporan BN
i. Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan & terlibat di bawah program Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat & Azam Tani .
ii. E-Kasih telah berjaya mengeluarkan 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan.
iii. Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.
iv. Sepanjang tiga tahun ini, 4,300 usahawan wanita telah dilatih, melebihi sasaran awal berjumlah 4,000 yang telah ditetapkan pada permulaan GTP 1.0.

b. Kegagalan
i. Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, sebanyak 2,680 orang usahawan wanita dilahir bagi tempoh Januari 2010 sehingga 31 Ogos 2011. Angka ini tidak mencapai 0.01 peratus jumlah wanita yang tiada bekerja di negara ini.
ii. Berdasarkan kenyataan Najib pada Jun 2010, jumlah isi rumah sebagai miskin tegas yang berdaftar di bawah sistem e-kasih telah berkurang daripada 50,931 kepada 33,417. Namun, berdasarkan laporan Oriental Daily bertarikh Disember 2012, masih terdapat 53,034 isu rumah yang miskin tegar. Ini bermaksud jumlah isi rumah miskin tegar bertambah 58.7 peratus daripada 33,417 pada tahun 2010 kepada 53,034 pada tahun 2012.

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: