Home > C. Isu Selangor > Umno-BN 50 Tahun = 5 Sekolah Agama, PR Selangor 5 Tahun = 5 Sekolah Agama

Umno-BN 50 Tahun = 5 Sekolah Agama, PR Selangor 5 Tahun = 5 Sekolah Agama

226615_130712123759307_528029364_nHanya dalam tempoh empat tahun, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya membina lima buah sekolah rendah agama (SRA) di Bangi berbanding Kerajaan Umno-BN yang mengambil 50 tahun untuk membina jumlah sekolah yang sama.

Terbaru, sebuah SRA empat tingkat sedang dalam proses pembinaan di Kampung Sungai Tangkas, di sini dengan menggunakan peruntukan sejumlah RM 2.5 juta daripada Kerajaan Negeri.

Sekolah tersebut merupakan yang ke-lima dibina selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor bermula pada Mac 2008.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata, bangunan sekolah terbaru itu terletak di atas tanah dua ekar. Projek itu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri pada September 2011 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.

Menurutnya, ia mampu menampung lebih ramai murid di kawasan Bangi untuk mendalami pendidikan Islam dengan lebih baik dan teratur.
“Kelulusan untuk membina SRA di Sungai Tangkas amat cepat. Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, ketua kampung diarah untuk mencari tapak.
“Sekolah ini terdiri daripada dua bangunan empat tingkat yang dilengkapi 30 buah kelas dan sebuah kantin.
“Ia mampu menampung keperluan penduduk di kawasan ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap perkembangan pendidikan islam.

“Di Dun Bangi sahaja ada sepuluh buah sekolah. Lima daripadanya dibina semasa pemerintahan Datuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya semasa memberi ucapan sempena Program Mesra Rakyat dan Kenduri Kesyukuran di Kampung Sungai Tangkas, di sini tengah hari tadi.
Program itu turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Serdang, Teo Nie Ching, MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pembinaan SRA di kawasan itu akan memudahkan penduduk setempat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Menurutnya, Kerajaan Negeri akan terus memantau projek pembinaan sekolah itu bagi memastikan ia siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: