Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor > Siapa Zainon @ CF Afghani penulis upahan UMNO ini?

Siapa Zainon @ CF Afghani penulis upahan UMNO ini?

zainonC.N. Afghani baru-baru ini menerbitkan beberapa buah buku yang kesemuanya mengkritik perubahan polisi PAS sejak bekerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan di beberapa  buah negeri dan dakwaan berlakunya penyelewengan dalam tabung Memali yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak dan balu pejuang Memali yang terkorban dalam serangan polis pada 1985.

Di kalangan ahli-ahli PAS sendiri, kegilaan Cikgu Non kebelakangan ini kebanyakkannya disumbangkan oleh dendam tidak berkesudahannya terhadap seorang pemimpin PAS Kedah iaitu Senator Yusof Hussin.  Cemburu dengan keputusan PAS Kedah untuk melantik Yusof sebagai Senator, Cikgu Non telah membabitkan kepimpinan PAS dalam melempiaskan kesumatnya terhadap Yusoff.

Cikgu Non berasakan dia layak dilantik ke jawatan tersebut kerana pernah terlibat dalam membantu perjuangan pejuang Mujahiddin di Afganistan, termasuk merengkok selama 6 tahun sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana di dakwa terbabit dengan kumpulan pengganas, KMM (kumpulan Militan Malaysia).

Tapi sudah tentu latarbelakang Cikgu Non sebagai bekas guru sekolah rendah, tidak cukup dari segi merit untuk melantiknya ke jawatan tersebut.  Hakikat inilah yang tidak boleh diterima Cikgu Non sehingga mendorongnya menulis beberapa buah buku yang kesemuanya menyerang dasar dan kepimpinan PAS sekarang.

Tidak setakat itu, Cikgu Non juga bekerjasama dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan beberapa bekas ahli PAS yang lain, mengadakan seminar Mengembalikan Perjuangan PAS Ke Landasan Asal, sekitar November lepas.

Jadi keputusan Hadi tidak melayan desakan orang gila seperti Cikgu Non sangat sesuai pada waktunya.

Petikan dari: http://suarapakatanrakyat.com/2013/01/cikgu-non-kualiti-guru-sekolah-rendah-memang-memalukan/

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: