Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor, D. Risalah edaran > Penjelasan isu kafir mengkafir oleh Presiden PAS

Penjelasan isu kafir mengkafir oleh Presiden PAS

PAS tidak menyebut UMNO kafir, tapi UMNO berasa dirinya kafir. PAS hanya menyebut batas-batas iman dan kufur.

Kitab Mustika Hadith keluaran Jabatan Perdana Menteri Jilid 1 juga ada membahaskan bab rosak aqidah dan batal syahadah kerana mulut (perkataan), perbuatan (hina Allah, Nabi, AlQuran), dan niat (ingin murtad, hina Islam, Allah, Rasul, AlQuran dan Sunnah). Sila rujuk kitab dalam bahasa Melayu itu tentang bab rosak aqidah.

Tuan Guru Haji Hadi Awang telah menjelaskan isu kafir-mengkafir sebelum tahun 2000. Beliau tidak pernah kata UMNO kafir, tapi UMNO berasa diri mereka kafir dengan sebab ucapan TGHA yang hanya menyebut batas-batas iman dan kufur. Lihat video di You Tube ini untuk kepastian.

Amanat Haji Hadi direkodkan 1981, tahun Tun Mahathir menjadi PM. 1982 TGHA ditahan di balai polis di sebuah bandar di Terengganu kerana dakwaan ceramah tanpa permit dan ribuan orang hadiri ceramah PAS yang menampakkan kebangkitan luar biasa rakyat Terengganu. Pada jam 2 pagi, lebih 4 ribu orang penyokong PAS telah mengerumuni balai polis di bandar berkenaan.

Salah seorang pimpinan PAS memberitahu ketua balai bahawa beliau tidak bertangungjawab selepas ini dan tidak boleh menghalang kebanjiran penyokong PAS selepas subuh kalau TGHA tidak dibebaskan. Polis menjadi kelamkabut dengan kehadiran luar biasa mengelillingi balai polis dan jeritan takbir, takbir dan doa orang ramai. Sekitar jam 5 pagi, belum masuk subuh, TGHA telah dibebaskan. Inilah petanda yang menggerunkan UMNO. Tan Sri Musa Hitam kata “ada Nabi baru lahir di Terangganu”….satu ucapan kufur dan kurang ajar terhadap Islam apabila mempermainkan aqidah ada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

Tun Mahathir mencari formula untuk mengimbangkan ikon Islam PAS dan ikon Islam dalam UMNO, maka pada tahun 1982, Tun Mahathir telah mengundang Prof Ismail Faruqi membentang kertas kerja di Malaysia, dan berbisik padanya supaya memujuk Anwar Ibrahim masuk UMNO. Melalui surat menyurat antara Tun M dan Ismail Faruqi dan Anwar, dan salinan surat kepada Ustaz Nakhaie Ahmad, maka Anwar berjaya dipujuk oleh Tun Mahathir dengan projek Islamisasinya dan Anwar masuk UMNO pada tahun 1983, sekaligus mengimbangkan imej Islam UMNO dengan imej Islam PAS.

2 minggu sebelum Anwar masuk UMNO, Anwar masih bersama dalam usrah dengan TGHA dan Almarhum Ustaz Fadzil Nor tetapi beliau merahsiakan hasratnya mahu masuk UMNO. Malangnya, 16 tahun kemudian Anwar ditendang keluar dari UMNO. Allah Maha Kaya! Kini UMNO tiada lagi ikon Islam. Islam Hadahiri tidak menjadi….kini UMNO sedang dalam nazak mencari isu Islam untuk menghentam PAS dan memburuk-burukkan PAS, dan berharap mereka menjadi juara Islam semula!

Jangan lupa, akhir 70an dan awal 80an adalah kebangkitan umat Islam di seluruh dunia.  1978 Revolusi Iran menggulingkan boneka Amerika. 1979 Russia kalah dalam perang dengan mujahidin Afghanistan dan keluar dari Afghanistan. Ketika inilah Amerika dan sekutunya merancang untuk menyekat kebangkitan umat Islam di seluruh dunia. Lalu satu persidangan anjuran CIA telah dibuat di Harvard mendengar satu kertas kerja oleh Prof Safran dari Harvard University mengenai cara-cara menyekat momentum kebangkitan Islam akhir tahun 1980an. 90 orang tela hadir dalam persidangan tertutup ini termasuk ejen-ejen MOSAD, KGB, paderi-paderi Kristian dari Vatican City, FBI, dan CIA. Keputusannya, boneka Amerika di negara umat Islam mesti buat projek “Islamization.” Maka Mesir kemukakan slogan baru “Iman dan Amal” tetapi Ikhwan Muslimin dapat bau perangkap Anwar Sadar, PM Mesir in, lalu Anwar Sadat ditembak mati pada 6 Oktober 1981. Di Malaysia, Tun M mengemukakan slogan Islamisasi, bersih cekap dan amanah….maka Anwar, ABIM, Pak Lebai, dan NGO Islam lain berpaling kiblat kepada UMNO sehinggalah 1998. Pada tahun 2004, Pak Lah kemukan Islam Hadhari pula…tapi semuanya adalah penipuan yang mengelabukan mata rakyat….rakyat sudah celik maklumat

http://presiden.pas.org.my/v2/?option=com_content&view=article&id=412:fenomena-amanat-dan-takfir-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56&fontstyle=f-larger

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: