Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor, D. Risalah edaran > Apa beza kes CSL dan DSAI?

Apa beza kes CSL dan DSAI?

Apa beza kes CSL dan DSAI?

CSL melanggan pelacur Cina dan tertangkap dengan video beliau dan pelacur Cina. Belum sempat video itu dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan, CSL mengaku org dalam video itu adalah dirinya. Polis mengarahkan rakyat jangan edar video itu.

DSAI dituduh liwat Sukma, Anis, dan Azizan. Anwar tidak mengaku kerana mendakwa tuduhan itu adalah palsu dan tidak betul dan beliau tidak lakukan liwat itu, dan beliau mahu mahkamah memutuskannya. Akhirnya Mahkamah tolak kes tuduhan liwat itu sebab bukti yang diberikan tidak sahih dan tidak relevan selepas lebih 6 tahun dibicarakan.

DSAI kemudian dituduh liwat SayFool, dan dibicarakan di mahkamah selama 3 tahun, akhirnya mahkamah tolak kes tuduhan liwat itu sebab bukti yang diberikan tidak sahih dan tidak relevan.

Dalam kes CSL dan pelacur, ia bukan satu tuduhan, tetapi ia suatu yang terang dan jelas dalam video. Maka CSL terus mengaku salah. CSL anggap dia berintegriti kerana mengaku salah, tetapi samada dia mengaku atau tidak mengaku salah, CSL tetap tidak ada integriti kerana melakukan perkara tidak bermoral dengan seorang pelacur amoi. Dari segi pendidikan moral dan sosial, perbuatan CSL itu kotor dan salah.

DSAI pula anggap dirinya beritegriti kerana mahukan mahkamah putuskan samada tuduhan itu betul atau tidak, dan bukan dirinya sendiri yang putuskan samada ia bersalah atau tidak. Akhirnya mahkamah memutuskan DSAI tidak bersalah. selepas melalui perbicaraan yang panjang. Dari segi undang-undang Malaysia, DSAI bersiih.

MCA angkat CSL yang tidak bermoral sebagai ketua. UMNO sokong CSL.
Bila CSL kutuk hudud, UMNO sokong CSL dan tidak marah pada CSL.

UMNO marah pada DSAI sedangkan DSAI telah terbukti tidak bersalah dari segi undang-undang Malaysia.
UMNO marah pada DSAI sedangkan DSAI tidak kutuk hudud.

Pengajaran: Kes Chua Soi Lek yang tidak bermoral memang jelas salah. UMNO sokong orang buat jahat dan orang yang kutuk hudud serta Islam kerana UMNO juga tolak hudud dan hina Nabi.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: