Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor > Jangan bayar saman AES

Jangan bayar saman AES

JANGAN BAYAR KOMPAUN KAMERA AES, SELESAIKAN KAT MAHMAKAH. PAS SEDIA 100 PEGUAM.
Para pengguna jalan raya yang menerima surat menjelaskan kompaun akibat tindakan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diingatkan agar tidak membayarnya, sebaliknya diselesaikan di mahkamah.

PAS melalui Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah menyediakan lebih daripada 100 peguam untuk menyelamatkan R

M300 kadar kompaun untuk satu kesalahan yang dikesan kamera AES terhadap mereka terbabit.Bercakap kepada media di Lobi Parlimen, 31 Oktober lalu, Pengerusinya, Dato’ Mahfuz Omar menegaskan, penerima kompaun AES bermula 13 Oktober diminta tidak membuat bayaran kompaun yang dikenakan selepas tarikh pembayaran.Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menggesa pelaksanaan AES ditangguh segera oleh Menteri-menteri Besar BN kerana ia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, bukan sahaja Pakatan Rakyat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula, mencabar ahli-ahli parlimen MCA menyokong penangguhan AES ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2013 ke atas Kementerian Pengangkutan pada 20 November nanti.

“Pakatan Rakyat mempunyai 76 ahli parlimen dan sekiranya ada sekurang-kurangnya 36 ahli parlimen daripada BN dan Bebas yang menyokong penangguhan AES, itu akan menjadikan jumlah majoriti parlimen paling kurang 112 daripada 222 ahli parlimen.

“Dengan itu Kong Cho Ha tidak ada pilihan lain lagi melainkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya beliau menolak untuk mendengar suara majoriti ahli parlimen supaya segera menangguhkan AES,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Bantahan dan kritikan keras terhadap AES terus menular kepada Ahli-ahli Parlimen BN termasuk Khairy Jamaluddin (Rembau); Dato’ Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan); Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar); Dato’ Mohamad Aziz (Sri Gading); Dato’ Isa Sabu serta ahli parlimen Bebas Dato’ Ibrahim Ali (Pasir Mas) yang menyokong AES ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dilakukan.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: