Home > B. Isu Nasional > Petani Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar

Petani Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar

Petani Dari Tiga Bangsa, Melayu Cina Dan India Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar

Petani di Sekinchan membuat laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tender pemberian benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria tender.

Menurut laporan polis yang dibuat petani itu semalam, mereka mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.

Laporan polis oleh Misran Serman, Loo Kim Yong dan S Ragavan di balai polis Sekinchan itu antaranya mendakwa lebih separuh kuota subsidi benih padi sah setahun berjumlah 80,000 tan metrik dianugerahi kepada syarikat kroni.

Antara lain kandungan laporan polis itu juga menyebut kebimbangan sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat ditangani syarikat terbabit sehingga mengancam bekalan benih padi sah.

Noh pada 18 Oktober bagaimanapun mendakwa isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang “seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata”.

Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang. -mk

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: