Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor, D. Risalah edaran > Cara songlap duit dari rakyat dalam 2 hari

Cara songlap duit dari rakyat dalam 2 hari

Cara Kerajaan Menindas Rakyat!!!..

AES: 2 hari kerajaan pungut RM885,600?

KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan minggu lepas adalah satu cara kerajaan hendak mencekik rakyat secara tidak langsung.

“Cuba bayangkan dalam masa dua hari, sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah dirakamkan di 14 ‘lokasi maut’.

“Jika semua imej ini didapati bersalah kerajaan telah memungut wang secara mudah RM885,600, jika diandai setiap kesalahan sebanyak RM300,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Katanya, jika hampir RM1 juta dipungut dalam masa dua hari, ertinya kerajaan dapat memungut hampir RM15 juta sebulan.

Ini, ujarnya baru 14 tempat, kalau dipasang 817 lokasi maut berapa banyak kerajaan dapat wang dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.

“Apakah tujuan AES dipasang? Untuk keselamatan atau pendapatan?

“Di negara lain kalau dipasang alat itu, diberitahu kamera beroperasi. Kawasan ini pula memang kawasan maut.

“Betulkah AES ini di pasang di kawasan maut?” tanya beliau.

Justeru, ujarnya tidak masuk akal AES dipasang di kawasan 60 kilometer sejam di jalan yang lurus, bukan kawasan merbahaya.

Sehubungan itu, beliau bertanya adakah menteri, pegawai JPJ, polis yang naik kereta 60 km sejam di jalan lurus.

Kalau begitu, katanya haramkan sahaja kenderaan berkuasa besar, biar kereta Kancil berkuasa 650 sahaja.

“Pelik undang-undang negara ini, kereta berkuasa besar dibenarkan apabila naik lebih 60 km akan disaman. Seolah-olah dadah dibenarkan, kemudian ditangkap kepada siapa yang menghisapnya,” katanya.

Menurutnya, rakyat boleh menerima jika dipasang di kawasan 110 kilimeter, di lampu isyarat, selekoh merbahaya.

Katanya, kemalangan di negara ini berlaku berpunca daripada kenderaan besar yang tidak beretika.

“Kita boleh lihat bagaimana bas dan lori yang hendak memotong tanpa mengambil kisah kenderaan yang lain.

“Apakah tindakan kerajaan bertindak terhadap kenderaan bas ekspress, terutama waktu malam yang memandu amat menakutkan,” ujarnya.

Katanya lagi, pihak kerajaan melalui JPJ dan polis akan memantau setelah berlaku kemalangan ngeri yang membabitklan kenderaan awam.

“Selepas isu ini sejuk, tidak ada lagi penguatkuasa, sehinggalah kemalangan ngeri lain pula berlaku.

“Pakatan Rakyat sudah memberi komitmen jika diberi mandat selepas PRU13 kita akan kaji cara yang dianggap menindas rakyat,” ujarnya lagi.

Nota: AES dikendalikan oleh sebuah syarikat milik MCA..kerabat BN

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: