Home > C. Isu Selangor > Pemilik saham Syabas dan rakyat untung kalau Selangor ambilalih SYABAS

Pemilik saham Syabas dan rakyat untung kalau Selangor ambilalih SYABAS

MB: Tawaran Selangor untungkan pemilik saham Syabas

Abdul Khalid (tengah) bersama sebahagian penduduk Taman Murni Sepang yang menerima hak milik tanah selepas lebih 20 tahun menunggu.

SEPANG – Kes mahkamah difailkan akan ditarik balik sekiranya Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor untuk menjual dan memperoleh keuntungan daripada pengambilalihan operasi Syabas dengan tawaran RM933 juta, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, selepas itu, tiada lagi sebab untuk halang Kerajaan Negeri mengambil alih Syabas seperti dinyatakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebelum ini.

Menurutnya, tawaran tersebut membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri bukan ingin merugikan pemilik saham Puncak Niaga dan Syabas, sebaliknya menguntungkan mereka.

“Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi kerana mengikut perjanjian, apabila diswastakan pengurusan air, perkhidmatan akan bertambah baik dan sekiranya sebaliknya, tarif air tidak boleh dinaikkan.

“Mengikut perjanjian, tarif air akan dinaikkan 30 peratus pada 2008, 25 peratus pada 2012 dan 25 peratus untuk dua tahun akan datang di mana rakyat perlu bayar lebih 75 peratus kenaikan harga air namun Kerajaan Negeri tidak benarkan,” katanya selepas Majlis Pemberian Hak Milik Tanah Individu kepada penduduk Taman Murni, Sepang.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai merangkap Adun angkat Sepang, Janice Lee.

Abdul Khalid berkata, mengikut perjanjian, jika Syabas tidak tunaikan beberapa janji, harga air tidak boleh naik malah Kerajaan Negeri tidak membenarkan kenaikan supaya rakyat Selangor tidak terbeban.

“Kita faham, oleh kerana bil air tidak dapat dinaikkan,  pihak Syabas hilang pendapatan dan rugi. Sebab itu kita cadangkan supaya Kerajaan Negeri ambil alih operasi air dengan tawaran yang memberikan keuntungan namun ia tidak mahu diterima.

“Jadi kita serah kepada rakyat untuk menilai sama ada mahu sokong kerajaan yang tolong rakyat supaya harga air tidak naik atau sokong kerajaan yang tolong Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail. yang mempunyai gaji lebih RM400,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memperjuangkan hak rakyat kerana hak air adalah hak negeri.

Mengulas mengenai penyerahan hak milik tanah kepada 80 penduduk Taman Murni Sepang, beliau berkata, mereka menunggu lebih 20 tahun disebabkan pemaju yang menjalankan pembinaan tidak tunaikan tanggungjawab membayar premium dan dapatkan kelulusan pecahan tanah.

Katanya, kes itu berterusan dan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menyelesaikannya.

“Hari ini 60 peratus daripada pemilik sekitar 300 unit dapat pemilikan dan selebihnya akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.

“Pemilik yang masih belum memberikan maklumat tentang tanah diharap dapat berbuat demikian bagi mengelakkan tanah tersebut menjadi hak milik Kerajaan Negeri,” katanya.

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: