Home > C. Isu Selangor > 1,000 motosikal berarak ke Himpunan Hijau Selangor

1,000 motosikal berarak ke Himpunan Hijau Selangor

(Kira 1,000 menyertai konvoi bermotor ke Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR: Kira-kira 1,000 motorsikal membuat perarakan menuju Stadium Kuala Selangor hari ini bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Perarakan yang sepatutnya disertai oleh 20 buah motosikal bagi setiap kawasan PAS di Selangor itu bertukar menjadi perarakan yang besar kerana penyertaan anak muda bermotor yang memberangsangkan.


(Solat Zohor di R & R Kuang sebelum memulakan perrarakan)

Mereka bermula dari kawasan masing-masing dan menuju ke Masjid An-Naim, Jeram sebelum berarak ke Stadium Kuala Selangor yang menjadi tempat perhimpunan.

Lebih 500 buah motosikal dan 30 buah kereta berkumpul di R & R Kuang, Lebuhraya Lekas sebelum berarak ke masjid An-Naim.

Di sini, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salahudin Nasir turut menyertainya dengan menunggang motosikalnya di samping pimpinan PAS kawasan Gombak, Selayang dan kawasan sekitar.

Mereka mula bertolak ke Jeram kira-kira jam 3 petang dan berkumpul di Masjid An Naim kira-kira 20 minit kemudian.

Di Masjid An-Naim, semua peserta diberikan taklimat khas oleh ketua perhimpunan ini di samping berdoa agar konvoi ini berjalan dengan selamat.

Yang menariknya, mereka mendapat kerjasama penuh dari polis Kuala Selangor yang sedia menutup jalan khasnya simpang lampu isyarat untuk membolehkan konvoi ini berjalan dengan selamat ke stadium Kuala Selangor.

(Berkumpul di hentian R & R Kuang sebelum ke Jeram)

(Membaca doa wehdah sebelum memulakan perarakan di Masjid An-Naim, Jeram)

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11693-1000-motosikal-berarak-ke-himpunan-hijau-selangor

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: