Home > C. Isu Selangor > Noh Omar dan projek udangnya atas 30 ekar tanah

Noh Omar dan projek udangnya atas 30 ekar tanah

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang – seluas kira-kira 15 padang bola – yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

NONEDalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.

Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan udang itu yang seluas 100 ekar.

Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.

Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.

Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.

http://www.malaysiakini.com/news/203486

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: