Archive

Archive for June, 2012

Skandal LRT Ampang RM960 juta, PM Najib terlibat?

June 26, 2012 Leave a comment

azlanPKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai RM960 juta.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

“Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONEShahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.

Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

Siapa Samseng??

June 26, 2012 Leave a comment

 

KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong kumpulan yang lain.3 orang aktivis ini di kepung oleh gerombolan penyamun royaliti dengan bekalan buku lima siap dipakai kat penumbuk!

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Sementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.

Categories: B. Isu Nasional

Cerita Sebenar disebalik “Guling Kerajaan…”

June 26, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional

Iklan BR1M @ TV3

June 26, 2012 Leave a comment

Categories: B. Isu Nasional

Ikhwan Muslimin adalah abang kepada PAS

June 25, 2012 Leave a comment

Ramai pemimpin PAS, yang belajar di Mesir, Jordan, Syria, Iraq dan Saudi sekitar 1950an hingga akhir 1980an adalah anak didik hasil tarbiyyah Ikhwan Muslimin. Sebahagian daripadanya telah meninggal dunia dan selebihnya masih berada dalam PAS serta menjadi pemimpin utama dalam PAS.

 

Melayu tetap berkuasa walaupun UMNO-BN tewas dalam PRU

June 24, 2012 Leave a comment

Menang saman, derma RM220 ribu, UMNO terkedu lagi

June 24, 2012 Leave a comment

Guan Eng akan serahkan RM220,000 gantirugi dari Utusan kepada badan amal..

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia sebagai satu kemenangan untuk kebebasan akhbar di Malaysia.

Beliau juga akan mendermakan RM220,000 ganti rugi yang akan dibayar kepadanya oleh akhbar tersebut kepada badan amal dan kebajikan.

“Ini adalah kemenangan untuk kebebasan akhbar kerana di negara ini media dimonopoli oleh akhbar arus perdana yang pro Umno-BN.

“Mereka secara berterusan telah memfitnah saya dalam isu yang sama, tetapi tidak sekalipun diberikan hak untuk menjawab dalam isu yang mereka timbulkan.

“Kalau adapun, kenyataan saya akan diputar belit, jadi sebab itu kerajaan pusat harus membebaskan media-media kita dari cengkaman akta yang mengongkong kebebasan media.

“Ini kerana media telah dikongkong oleh Umno-BN,” kata Guan Eng ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Categories: B. Isu Nasional

Bongkar Rahsia UMNO Part 1-3 oleh bekas ahli UMNO

June 24, 2012 Leave a comment

Part I

Part II

Part III

Semakin kalut kerana PRU 13…jadi buta sejarah

June 24, 2012 Leave a comment

Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang diwarnakan biru itu ialah.. “Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.”

Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah  pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir.

Setelah Jabatan Perdana Menteri dapat makluman mengenai kesilapan ucapan PM Najib ini, Sinar Harian diarahkan supaya membetulkan “ucapan” itu seperti dibawah ini.

Pengundi hantu dalam pangsapuri di Kuala Langat

June 24, 2012 Leave a comment

KUALA LANGAT: Mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di daerah ini yang didiami sejumlah pengundi.
Tetapi, apabila diperiksa, bangunan tersebut hanya ada empat tingkat sahaja.

Terdapat juga rumah di sekitar daerah ini yang mempunyai sampai 30 pemilih dalam satu rumah, kata ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus, yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, mendedahkan bahawa pemantauan daftar pemilih juga mendapati terdapat pertumbuhan pengundi baru yang mendadak di daerah itu sebanyak 17,000 orang.

Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui “Kempen SelangorKU Bersih”.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini.

Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.

Di kawasan DUN Sijangkang sahaja kata Dr Yunus, terdapat 8,000 pengundi baru, satu fenomena yang mencurigakan.

Pendedahan mengenai pengundi yang meragukan ini dibuat oleh Dr Yunus dan beberapa pemimpin Pas Selangor di ceramah “Awas Pengundi Hantu Di Rumah Anda” di Teluk Panglima Garang di sini semalam.

Turut serta di dalam ceramah tersebut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

“Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh dipertikaikan kerana siasatan dibuat kita dapati maklumatnya berbeza,” kata Dr Yunus.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah mendedahkan bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencurigakan.

Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar sebagai pengundi di Selangor tetapi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindahkan ke dalam Selangor.

Pada 13 Jun beberapa kampung di Ampang membuat laporan polis dengan mendakwa, alamat rumah di kawasan mereka digunakan untuk mendaftar sampai 40 lebih pengundi.

Bagi mengenalpasti dan menjejaki pemilih yang meragukan di Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan program “Selangorku Bersih”.

“Kita jalankan audit ini di setiap DUN bagi mengenal pasti pengundi yang sah di dalam senarai dikeluarkan.

“Kita ingin melihat hak mengundi ini hanya diberikan kepada mereka iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar,” Dr Yunus berkata di dalam ucapannya.

 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11183–awas-pangsapuri-hantu-di-kuala-langat

Categories: C. Isu Selangor