Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor > PM Tunku Abdul Rahman – UMNO Khianati Saya

PM Tunku Abdul Rahman – UMNO Khianati Saya

 

Tunku Abdul Rahman: UMNO Mahathir Khianati Saya, Fitnah Saya, Curi Harta Kami…

Pendedahan ini tidak disiarkan di kaca TV Malaysia semasa diawal kekuasaan rejim UMNo-Mahathir untuk elakkan kisah lama terbongkar. Saksikan kebenaran dalam klip video pendek di bawah ini:

http://cabang-sipitang.blogspot.com/2012/06/tunku-abdul-rahman-mahathir-khianati.html

Kata Tunku Abdul Rahman,

“Mahathir buat satu surat kepada saya. Tapi dah diedar beratus ribu salinannya kepada semua orang. Tentera-tentera, polis, orang-orang kebanyakkan ni… diedarkan. Dia maki saya dalam surat itu dengan berbagai-bagai perkataan.”

“Saya ini dibenci oleh semua orang Melayu. Dibenci oleh pegawai-pegawai kerajaan. Dibenci oleh askar Melayu. Dibenci oleh polis dan sebagainya. Di situ nampaknya, caranya, tujuannya nak bagi orang semua-semua benci kepada saya, buang saya, ubahkan pemerintahan Malaya ini.”

“Dia kata saya ni pro-Cina. Saya berjuang begitu lama dan susah payah, adakah nak angkatkan Cina saja. Ini semua untuk nak bagi tempat dalam kalangan orang Melayu. Itulah tujuan perjuangan saya ini. Dia kata saya pro-Cina, saya buat itu ini bagi Cina, macam-macamlah dia kata. Jadi, tunjuk di situ khianatnya.”

“Mahathir dipecat dari UMNo sahaja, kami tidaklah buat apa-apa. Kami cumanya pecat saja dia. Tapi kalau dia (Mahathir) tentu dia buat macam sekarang ni, kurung dalam penjara.”

Tindakan UMNO Baru dengan budaya memfitnah dan memburuk-buruk lawan seteru politiknya sudah lama dipraktikkan sejak krisis politik Mahathir dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Krisis Perlembagaan 1988 juga disebabkan oleh tindakan Tun Mahathir sendiri yang memperlihatkan sekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Bagaimana mereka fitnah Tunku Abdul Rahman… begitulah juga modus operandi mereka misi memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: