Home > B. Isu Nasional > Akhirnya peneroka FELDA ditipu dan tertipu oleh Isa Samad dan FGVH

Akhirnya peneroka FELDA ditipu dan tertipu oleh Isa Samad dan FGVH

Dengan riuh berkokok seluruh dunia kononnya penyenaraian FGVH ke pasaran saham mengalahkan saham facebook. Kononnya untuk menjaga kebajikan peneroka Felda.. Namun hakikatnya semua itu indah khabar dari rupa.. Apa yang ditawarkan kepada peneroka jauh lebih sedikit daripada jerung-jerung besar di FELDA… Bayangkan apa sangat dengan pemberian 800 unit saham bernilai RM4.55 sen seunit…
Bandingkan pula dengan saham yang diperoleh oleh kakitangan FELDA seperti berikut…
1. Jawatan bukan eksekutif…3000 unit
2. Junior eksekutif….6000 unit
3. Pengurus…..25000 unit
4. Pengurus besar…40 000 unit
5. Pengarah eksekutif…75 000 unit

Agak-agak berapa unit saham yang akan diperoleh oleh Pengerusi, Pengarah Besar dan Presiden kumpulan?

Baca lagi:

Categories: B. Isu Nasional
  1. Anak Peneroka
    June 14, 2012 at 12:05 pm

    Pinjaman FGVH: Mahkamah benar injunksi peneroka

    KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan permohonan 147 peneroka bagi menghalang CIMB Bank dan Amislamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka baru-baru ini.

    Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, mereka sangat gembira dengan keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Mariana Yahya itu dan menunjukkan satu lagi kejayaan warga peneroka.

    “Anak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peguam plaintif, Harris Abdullah yang bertungkus lumus membantu peneroka dalam kes ini,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

    16 Mei lalu, 154 peneroka sekitar Pahang memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka.

    Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kerana kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

    Sehubungan itu, Mazlan menyeru peneroka lain yang menandatangani borang tersebut turut tampil memberi maklumat kepada Anak agar ia boleh dibawa ke mahkamah.

    “Saya menyeru mana-mana peneroka yang telah menandatangani borang pinjaman, mereka boleh memberitahu kepada Anak dan kita akan bawa ke mahkamah kerana kejayaan hari ini membuktikan peneroka di pihak yang benar,” katanya.

    Sementara itu, Mazlan turut mengajak warga Felda untuk bersama-sama Anak menyerahkan notis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Putrajaya, selepas solat Jumaat esok.

    Notis itu menuntut Najib membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut ‘haram jadah’ kepada peneroka, 8 Mei lalu.

    “Saya harap peneroka dapat beri sokongan moral dengan hadir beramai-ramai esok. Kita mahu perdana menteri mohon maaf secara terbuka. kalau gagal, kita akan sama malu,” katanya yang juga pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

    Tambah Mazlan, beliau juga akan membuat pengumuman berhubung tarikh perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian FGVH yang dirancang akhir bulan ini.

    “Esok saya akan umumkan tarikh perhimpunan kita dan lokasinya di mana,” katanya.

    Mazlan sebelum ini berkata, pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

    Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan.

    http://networkedblogs.com/yKjME

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: