Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor > Skandal LRT Ampang RM960 juta, PM Najib terlibat?

Skandal LRT Ampang RM960 juta, PM Najib terlibat?

azlanPKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai RM960 juta.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

“Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONEShahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.

Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: