Home > B. Isu Nasional > Tun M salahkan Pak Lah lagi sebab UMNO lemah

Tun M salahkan Pak Lah lagi sebab UMNO lemah

Kesian Pak Lah kena hentam dgn Tun M tak habis-habis….Tun kata UMNO lemah sampai sekarang sebab Pak Lah. Yang TunM punya banyak kerenah sampai UMNO diharamkam pada tahun 1987 itu apa pula halnya? Bukankah Tun M yang membunuh UMNO 1946 sehingga ia diharamkan? Tun M buang TPM Musa Hitam, buang TPM Anwar Ibrahim, buang TPM Ghaffar Baba, dan nyaris dia mahu buang TPM Abdullah Badawi. Tun M ingat dia saja yang betul! Tun M adalah pelopor anti-hadis and anti-hudud yang menyusahkan UNO dan orang Melayu hingga hari ini..

http://my.news.yahoo.com/bn-masih-lemah-kerana-pak-lah-kata-dr-042616714.html

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lemah kerana zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menyeri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ketua Umno Bahagian Johor dua hari lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Dr Mahathir bertemu dengan kakitangan awam Johor dan Ketua Umno Bahagian Johor yang mana beliau turut memberikan penerangan berhubung keadaan politik dan kesediaan BN untuk pilihan raya akan datang.

Johor merupakan ibu negeri Umno yang telah diisytihar haram pada 1988 apabila Dr Mahathir pada masa itu merupakan presiden dan pengaruhnya kekal sehingga ke hari ini.

“Dr Mahathir berkata kepada ketua Umno mereka perlu bekerja keras kerana kerajaan masih lemah sebab zaman Pak Lah menjadi perdana menteri,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar).

“Beliau masih percaya Abdullah adalah punca kelemahan BN,” tegas sumber.

Ini adalah kali kedua pertemuan Dr Mahathir dengan kepimpinan Umno, dengan yang pertama di Umno Kedah pada 20 Mei. Di sana, beliau menggesa parti bersatu dalam pilihan raya akan datang.

Abdullah menjadi perdana menteri paling singkat berkhidmat selepas BN tewas dua pertiga majoriti dewan dan empat negeri ketika Pilihan Raya 2008. Beliau meletak jawatan pada  April 2009 dan diganti Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat, keluar Umno pada 2008 sebagai protes terhadap kepimpinan Abdullah dan kegagalan pilihan raya 2008. Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada 2003 dan memenangi 91 peratus kerusi dalam pilihan raya 2004.

Turut difahamkan Abdullah akan melancarkan memoirnya turut menulis berkenaan Dr Mahathir yang membawa kepada kejatuhannya selepas menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008.

Banyak pihak menyalahkan sumber yang lemah dan kemarahan orang ramai berhubung Hindraf dan Bersih pada November 2007.

Pengganti Pak Lah, Najib, telah berusaha untuk mengembalikan sokongan BN bermula April 2009 apabila melancarkan program transformasi ekonomi dan politik. Beliau turut menyalurkan program bantuan RM500 untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 melalu pemberian wang tunai secara “one-off”.

Namun, populariti Najib telah merundum jatuh dan kaji selidik mendapati beliau hilang sokongan dalam masyarakat Cina dan kelas pertengahan, di sebalik pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Sokongan Najib menurun kepada 65 peratus pada Mei berbanding 69 peratus pada Mac lepas, menurut penyelidik bebas, Merdeka Center.

“Peningkatan sedikit bagi kaum Melayu telah ditewaskan oleh jumlah besar negatif terhadap kaum Cina,” kata Merdeka Center dalam kenyataannya.

Kaji selidik itu mendapati sokongan Najib paling lemah adalah di antara kaum Cina turun 19 kepada 37 peratus. Antara kumpulan kelas pertengahan, turun 18 peratus kepada 50 peratus. Beliau bagaimanapun popular dalam kalangan pengundi Melayu dengan peningkatan 5 peratus, kepada 79 peratus.

Pandangan pengundi terhadap kerajaan kekal, dengab penerimaan masih berada di tahap 48 peratus. Kaji selidik itu dijalankan pada 10 hingga 18 Mei terhadap 1,019 pengundi berdaftar selepas protes 28 April.

Categories: B. Isu Nasional
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: