Archive

Archive for May, 2012

Beza sumber maklumat UMNO dan PAS

May 26, 2012 1 comment

Yang akan hilang kuasa ialah UMNO, bukan Melayu

May 25, 2012 1 comment

Mari kita lihat tektik UMNO dalam menipu bangsa Melayu..

  • Justeru itu kami berasa terpanggil bagi mendidik generasi muda melayu bagi memahami situasi yang meruncing serta merugikan bangsa melayu islam seluruhnya.
  • Tektik UMNO ini adalah pengaruh yahudi dengan mengunakan tentera-tentera dajalnya bagi melemahkan daya pemikiran umat islam di seluruh kepulauan Melayu ini dari bangkit meperjuangkan hak mereka dalam beragama.
  • Tektik UMNO untuk menggugut pengundi Melayu. Kata mereka kalau UMNO kalah dalam pru-13, orang melayu akan hilang kuasa. Sebenarnya UMNO yang hilang kuasa, bukan orang Melayu. Kalau calon Melayu UMNO kalah, calon Melayu PKR dan PAS lah yang akan menang. Bukankah calon Melayu PKR dan calon Melayu PAS juga Melayu?
  • Bersandarkan fakta kedudukan Dewan Rakyat selepas PRU-12 (2008) dibandingkan ketika PRU-11(2004), jumlah calon melayu (2004) adalah sebanyak 123 orang, manakala jumlah calon Melayu (2008) adalah sebanyak 130 orang.
  • Walaupun selepas UMNO kalah 5 negeri kepada pakatan rakyat, jumlah calon Melayu yang menang bertanding telah meningkat sebanyak 7 orang. Peningkatan dari 58.1% dari tahun 2004 kepada 62.8% di tahun 2008. Jelas dari fakta ini, kenyataan dari UMNO dan Barisan Nasional bahawa Melayu akan hilang kuasa jika UMNO kalah di PRU-13 ini adalah sesat semata-mata.

Rakyat sudah bijak menilai fakta yang sedia ada dan tidak mudah ditipu oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional  melalui media murahan mereka yang sentiasa suka melacurkan etika kewartawanan demi kuasa diri, keluarga dan kroni-kroni.

Hancurkan UMNO, hancurkan Barisan Nasional, negara selamat.

S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin

May 25, 2012 Leave a comment

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.

Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) skim itu akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.

“Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, isentif terbaru itu adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan pendidikan sepeti yang telah diperkenal sebelum ini termasuk program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) , hadiah RM1000 masuk universiti, serta program pembangunan insan SPIES.

Menurutnya lagi, skim tersebut akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan beliau sendiri.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10542-sgor-beri-rm50-sebulan-pelajar-tadika-miskin


 

Categories: C. Isu Selangor

Isu UNISEL – Mahkamah tolak saman bekas NC & Pensyarah

May 25, 2012 Leave a comment


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi menolak saman fitnah yang difailkan oleh mantan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono (gambar) dan dua orang yang lain ke atas empat orang kakitangan Unisel.Mereka yang disaman adalah Profesor Dr Anuar bin Ahmad, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah binti Hassan.Selain daripada Datuk Dr Rosti Saruwono, keempat-keempat kakitangan Unisel tersebut juga disaman oleh dua orang bekas kakitangan yang lain iaitu Dr Khalifah Othman dan Encik Halid bin Hasbullah.

Mereka masing-masing adalah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan mantan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.

Dr Anuar adalah Naib Canselor Unisel sekarang manakala Dr Rosti telah meletakkan jawatannya.

Saman Datuk Dr Rosti dan dua yang lain tersebut adalah berkaitan dengan satu Laporan yang dikenali sebagai ‘Laporan Permasalahan yang kini dihadapi oleh Unisel’ bertarikh 16 Mei 2011 yang disediakan oleh keempat –empat kakitangan tersebut dan juga berkaitan dengan beberapa laporan akhbar.

Laporan tersebut telah disediakan oleh keempat-empat kakitangan tersebut untuk memaklumkan Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Unisel.

Jawatankuasa Siasatan tersebut telah dipengerusikan oleh mantan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan anggota-anggota lain Jawatankuasa tersebut adalah Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liew.

Antara lain laporan tersebut melaporkan:

‘Datuk Rosti menghadiri temuduga bagi jawatan Naib Canselor di UITM setelah menerima jawatan Naib Canselor Unisel pada tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa hati Datuk Rosti dari awal lagi tidak bersama Unisel.’

‘Datuk Rosti tidak membenarkan persatuan pelajar menjemput YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk memberi ceramah kepada pelajar, untuk menjaga hati mantan Canselor, Unisel.’

‘Datuk Rosti menerima dengan mesra sekali kehadiran YAB Datuk Noh Omar ke Universiti, pada hal Datuk Noh Omar selalu mengkritik Unisel dan Kerajaan Selangor.’

Pada masa disaman Prof Dr Anuar Ahmad adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Akademik) manakala Prof. Madya Zainal Abidin Kidam pula memegang jawatan Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Hal Ehwal Pelajar),  Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah binti Hassan pula mantan Naib Presiden (Perkhidmatan Pengurusan) Unisel.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar kes tersebut di dalam penghakiman lisannya ketika menolak saman Dr Rosti dan dua yang lain tersebut antara lain menyatakan bahawa defendan-defendan adalah dilindungi di bawah pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) ketika mereka menyediakan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Siasatan.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan defendan-defendan tersebut mempunyai niat jahat ketika menerbitkan laporan tersebut.

Hakim juga memutuskan plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan di dalam beberapa laporan akhbar yang mengaitkan mereka telah dibuat oleh defendan-defendan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pihak-pihak menanggung kos masing-masing.

Keeempat-empat defendan tersebut diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Datuk Dr Rosti dan dua yang lain diwakili oleh Encik Abdul Rahman Azubir.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10549-mahkamah-tolak-saman-bekas-nc-unisel

Categories: C. Isu Selangor

Ada ADUN dan MP BN di Selangor terima kuota rumah?

May 24, 2012 Leave a comment

S’gor dedah senarai ADUN, MP terima kuota rumah

Senarai nama ADUN dan ahli parlimen yang menyalah-gunakan kuota pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga terdekat akan didedahkan.

Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kuota yang diperuntukkan itu diagihkan dengan betul .

“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak .

“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, kuota yang diamalkan sejak sekian lama itu telah dimansuhkan kerana diragui ketelusannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Serah semula rumah

Menurut Khalid, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini, beliau juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga sekarang.

“Ba

gi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kakitangan kerajaan ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Khalid berkata dalam kes dua pegawai kanan kerajaan negeri – Sharipah Marhaini Syed Ali dan Hanizah Katab, mereka telah diminta menyerahkan semula unit yang dimiliki kepada kerajaan negeri untuk dijual.

“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri cuba menyekat mana-mana kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

Menteri Besar Selangor itu juga berkata pihaknya mahu memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran.

Categories: C. Isu Selangor

Ops Lumpuhkan Rumah Urut Haram – tangani gejala sosial

May 24, 2012 Leave a comment

Selangor Bakal Lancar Operasi Rampas Hartanah Rumah Urut Haram
Pemilik premis rumah urut bakal berhadapan dengan tindakan tegas termasuk risiko hartanah dirampas sekiranya membenarkan premis mereka digunakan sebagai tempat operasi aktiviti berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas premis yang dijadikan tempat operasi rumah urut yang tidak sah itu boleh dilaksanakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Katanya kerajaan negeri memandang serius isu kewujudan rumah urut yang berleluasa di negeri itu dan memberi amaran bahawa risiko menjalankan perniagaan rumah urut haram tidak hanya akan ditanggung oleh pengendali malah pemilik premis.

“Kalau mereka langgar undang-undang, risiko mereka jalankan perniagaan dengan tidak betul akan meningkat. Bukan sahaja perniagaan itu akan disita tetapi bangunan atau hartanah itu juga akan dirampas.

“Jadi risiko untuk lakukan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memilikihartanah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.

Tambah Abdul Khalid, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) minggu depan bagi membincangkan mengenai kaedah pencegahan kewujudan rumah urut yang berleluasa di negeri itutermasuk di kawasan luar bandar.

Selain itu Abdul Khalid turut mengakui kerajaan negeri menghadapi masalah dalam penguatkuasaan undang-undang sedia ada dalam membanteras penularan rumah urut di Selangor.

“Isu besar yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan negeri ialah ruang pemisah antara polisi dan undang dalam pelaksanaannya.

“Kedua-dua perlu disatukan. Tak ada makna kalau kita buat polisi tapi ia tak dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwapusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Selasa melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

(Nota tambahan:  Dulu masa zaman UMNO-BN perintah Selangor, rumah urut haram ini sudah pun tumbuh bagai cendawan kerana taukeh urut rumah urut yang kebanyakannya terdiri daripada orang Cina memberi habuan dunia kepada pemimpin UMNO untuk rumah urut beroperasi. Di zaman PR perintah, tibalah masanya diBERSIHkan aktiviti rumah urut haram ini walaupun PBT pura-pura tidak tahu sebelum ini kerana ada dalam kalangan orang dalam PBT mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan UMNO yang berurusan dengan taukeh rumah urut haram).

Categories: C. Isu Selangor

BN guna duit rakyat diam-diam, rakyat kena tipu hidup-hidup

May 23, 2012 2 comments

Hasil dari Debat Rafizi vs Khairy Jamaludin
PTPTN Boleh dihapuskan tanpa sebarang masalah..

Ianya boleh dihapuskan tanpa mengambil sesen pun wang Petronas, hasil cukai industri, hasil Balak, dan galian mineral lainnya.

Mari kita lihat berapa banyak wang rakyat yg telah diguna-pakai secara Haram oleh UMNO / BN bagi menampung segala perbelanjaan kerja serta programe2 Mega Parti mereka..

Pegiraannya amat mudah cukup sekadar kalian tahu olahan mathematik Darjah dua…

Perbelanjaan UMNO dan komponen Barisan Nasional lainnya dgn mengunakan wang rakyat sepanjang tahun bagi menjayakan programe2 Parti baik dari yg sekecil2mya hinggalah yg Mega dan Supermega.

PERINGATAN UTK SEMUA BANGSA MALAYSIA..

  • UMNO / BN adalah Parti Politik bukannya sebuah SYARIKAT.
  • Barisan Nasional terdiri dari 4 buah buah Parti tonggak Utama: MCA, UMNO, Gerakan, MIC dan PPP, selebihnya adalah 12 belas Parti bukan Islam yg bernaung menjadi komponen gabungan dalam Barisan Nasional.
  • Peruntukan Perbelanjaan Parti2 Tonggak dalam UMNO setahun bagi segala Program kecil sehingga yg Mega2
  • MCA sebanyak RM 1.5 Bilion
  • UMNO sebanyak RM 1.5 Bilion
  • Gerakan sebanyak RM 1.0 Bilion
  • MIC sebanyak RM 1.0 Bilion
  • PPP sebanyak RM 0.7 Bilion ( RM 700 Juta )
  • Peruntukan bagi 12 parti bukan Islam dalam komponen Barisan Nasional.
  • Setiap Parti mendapat RM 0.5 Bilion ( RM 500 Juta )
  • Jumlah keseluruhan wang rakyat yang dilacurkan oleh BN sepanjang tahun..
  • Parti2 Tonggak – RM 1.5 B + 1.5 B + RM 1.0 B + 1.0 B + 0.7 B = RM 5.7 Bilion
  • 12 Buah Parti Komponen lainnya adalah sebanyak 12 x RM 0.5 B = RM 6.0 Bilion

Nota Penting :

  • Jumlah keseluruhan wang rakyat yang hangus ditangan UMNO / BN
  • adalah sebanyak RM 11.7 bilion setahun.
  • Peruntukan yang perlu disediakan oleh Kerajaan bagi menampung pendidikan para pelajar di IPTA / IPTS adalah sebanyak RM 1.7 Bilion setahun.
  • Bagi menampung pendidikan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah / menengah dan sekolah agama termasuklah menaik-taraf serta penyelenggaraan adalah sebanyak RM 2.3 Bilion setahun..
  • Jumlah keseluruhan bagi negara menampung keseluruhan programe pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke peringkat Universitity adalah sebanyak RM 4.2 Bilion setahun
  • Jika ditolak kos bagi menampung perbelanjan programe Parti BN maka negara akan dapat menjimatkan wang rakyat sebanyak RM 11.7 Bilion – RM 4.2 Bilion = RM 7.5 Bilion setahun.
  • Jumlah RM 7. 5 Bilion ni boleh digunakan bagi menyelenggara kesemua lebuh raya yang terdapat dalam negara kita ini jika kesemua tol telah dihapuskan…
  • Cukai jalan pun boleh dihapuskan oleh kerajaan kerana wang bagi menyelenggara jalan raya serta lebuh raya telah di ” cover ” dgn lebihan wang sebanyak RM 7.5 Bilion setahun tadi.

Harapan kita agar penyokong UMNO-BN rajin-rajinlah belajar Mathematik..

Petikan dari ” Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO “

Apa beza Irshad Manji dan Ambiga?

May 22, 2012 Leave a comment

Irshad Manji and Salman Rushdie    vs .    

Irshad Manji, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie.

Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Ambiga tidak menulis buku menyerang Islam walaupun Ambiga adalah peguam hak asasi yang menyokong LGBT.

Tetapi pada hakikatnya kerajaan Malaysia sendiri menggalakkan aktiviti LGBT di Malaysia selama ini kerana kerajaan meluluskan penubuhan Persatuan Mak Nyah Malaysia dan Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan.

Kerajaan Malaysia juga meluluskan lesen dan premis untuk perniagaan yang menawarkan khidmat urut gay/jomoseksual di Brickfield and Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia juga yang meluluskan permit bagi Sisters in Islam dan NGO yang pro-LGBT mengadakan Fiesta Seksual Merdeka pertama kali pada tahun 2008 secara senyap. Kerajaan Malaysia juga meluluskan permit untuk Fiesta yang sama pada tahun 2011 tetapi mendapat tentangan PAS, JAWI dan orang ramai. Ambiga hanyalah peguam yang mempertankan hak asasi acuan barat dalam kes LGBT, beliau bukannya penggerak LGBT di Malaysia. Sebaliknya penggerak LGBT adalah Sisters in Islam dan NGO yang disokong oleh Marina Mahathir.

Orang ramai dikelirukan oleh UMNO kononnnya BERSIH menyokong LGBT kerana Ambiga sokong LGBT. Sifir “logik” UMNO ialah

Ayam makan taik,
manusia makan ayam,
maka manusia makan taik.

UMNO boleh jadi bijak menipu rakyat dengan propaganda mereka atau mereka memang bodoh dan tidak faham logik yang betul.

Dalam Himpunan BERSIH, Ambiga hanyalah salah satu daripada peguam hak asasi yang menyokong pentingnya ketelusan dan keadilan dalam senarai daftar pemilih pilihanraya dan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Kalau Ambiga membela golongan LGBT, bagaimana pula dengan yang menolak hudud secara terang-terangan? Jadi apa beza Ambiga dengan UMNO?

Baca lagi

https://jomkitabaca.wordpress.com/2012/05/22/antara-sebab-bersih-perlu-dijalankan-ialah/

Antara sebab BERSIH perlu dijalankan ialah….

May 22, 2012 Leave a comment

Adalah tidak masuk akal bila senarai daftar pemilih pilihanraya terdapat nama-nama seperti dibawah ini:

Dan inilah antara bukti SPR dan JPN adalah jahat dan menjadi balaci kepada UMNO-BN untuk menipu rakyat! Adakah rakyat Malaysia semua mudah ditipu oleh SPR, JPN, UMNO dan BN? Adakah semua rakyat Malaysia bodoh dan tuli dalam isu penipuan ini?

 

Sekinchan Ikan Bakar – Jom Boikot

May 22, 2012 1 comment

Kita mengajak rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya boikot kedai makan/restoran Sekinchan Ikan Bakar di Selangor. Ini adalah kerana pemiliknya  menipu rakyat dalam satu “demo palsu BERSIH 4.0” minggu lalu.

Beliau membuat pengakuan kepada media:

“Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?” – Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md Yunos

Walhal beliau adalah adalah peniaga kenderaan mewah – IBM Automobile Co, Ltd dan pemilik perniagaan (Sekinchan ikan bakar).. juga pemilik kedai ikan 1Malaysia di Setiawangsa.

Beliau juga adalah salah seorang peserta dalam senamorbik dan joget punggong di hadapan rumah Ambiga.