Home > C. Isu Selangor > Isu air di Selangor, SYABAS bermasalah

Isu air di Selangor, SYABAS bermasalah

 

Air S’gor: MB mahu dedah kroni Umno-BN – Fazy Sahir
May 30, 2012Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mendedahkan syarikat didakwa merupakan kroni Umno-Barisan Nasional (BN) yang lemah dalam menguruskan air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

“Ada beberapa tender dan kontrak yang berbeza. Satu buat loji, terowong dan empangan. Kita sudah ada nama syarikat dan pembiayaan yang dibuat. Sebelum forum air kita akan didedahkan hal ini. Kita akan beritahu kepada semua masyarakat,” kata Abdul Khalid.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Setiausaha Politik beliau Faekah Husin berkata, masalah air di Selangor berpunca daripada pengurusan air yang lemah dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos tarif air tinggi.

Faekah mendakwa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang melibatkan kos RM12 bilion sebenarnya dilaksanakan atas kepentingan kroni pihak tertentu dan bukannya untuk membantu rakyat.

Penstrukturan semula air

Abdul Khalid dalam pada itu menegaskan penstrukturan semula air adalah topik utama berbanding isu Langat 2 dan pengambilan air di Pahang.

Tegasnya penstrukturan semula air penting kerana ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud ketika ini.

“Perbincangan utama adalah penstrukturan semula air dan bukannya tentang Langat 2 atau pengambilan air di Pahang. Semua ini tidak akan timbul jika penstrukturan semula air dibuat,” katanya.

Ujarnya, sebarang pelaksanaan dan pengurusan loji mempunyai kaitan dengan kenaikan tarif air dan beliau mendapati ia mempunyai kelemahan.

“Pengalaman dari angka-angka yang diterima, pembinaan loji adalah dibina oleh Puncak Niaga. Dari segi kos pembinaan dan pembersihan loji adalah sangat tinggi. Jika kos tersebut tinggi maka rakyat turut menerima kesan melalui tarif air,” katanya.

Beliau berkata daripada 33 loji pembersihan di seluruh Selangor, 29 daripadanya dimiliki oleh kerajaan negeri, manakala empat oleh pihak konsesi.

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: