Home > C. Isu Selangor > Isu UNISEL – Mahkamah tolak saman bekas NC & Pensyarah

Isu UNISEL – Mahkamah tolak saman bekas NC & Pensyarah


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi menolak saman fitnah yang difailkan oleh mantan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono (gambar) dan dua orang yang lain ke atas empat orang kakitangan Unisel.Mereka yang disaman adalah Profesor Dr Anuar bin Ahmad, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah binti Hassan.Selain daripada Datuk Dr Rosti Saruwono, keempat-keempat kakitangan Unisel tersebut juga disaman oleh dua orang bekas kakitangan yang lain iaitu Dr Khalifah Othman dan Encik Halid bin Hasbullah.

Mereka masing-masing adalah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan mantan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.

Dr Anuar adalah Naib Canselor Unisel sekarang manakala Dr Rosti telah meletakkan jawatannya.

Saman Datuk Dr Rosti dan dua yang lain tersebut adalah berkaitan dengan satu Laporan yang dikenali sebagai ‘Laporan Permasalahan yang kini dihadapi oleh Unisel’ bertarikh 16 Mei 2011 yang disediakan oleh keempat –empat kakitangan tersebut dan juga berkaitan dengan beberapa laporan akhbar.

Laporan tersebut telah disediakan oleh keempat-empat kakitangan tersebut untuk memaklumkan Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Unisel.

Jawatankuasa Siasatan tersebut telah dipengerusikan oleh mantan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan anggota-anggota lain Jawatankuasa tersebut adalah Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liew.

Antara lain laporan tersebut melaporkan:

‘Datuk Rosti menghadiri temuduga bagi jawatan Naib Canselor di UITM setelah menerima jawatan Naib Canselor Unisel pada tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa hati Datuk Rosti dari awal lagi tidak bersama Unisel.’

‘Datuk Rosti tidak membenarkan persatuan pelajar menjemput YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk memberi ceramah kepada pelajar, untuk menjaga hati mantan Canselor, Unisel.’

‘Datuk Rosti menerima dengan mesra sekali kehadiran YAB Datuk Noh Omar ke Universiti, pada hal Datuk Noh Omar selalu mengkritik Unisel dan Kerajaan Selangor.’

Pada masa disaman Prof Dr Anuar Ahmad adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Akademik) manakala Prof. Madya Zainal Abidin Kidam pula memegang jawatan Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Hal Ehwal Pelajar),  Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah binti Hassan pula mantan Naib Presiden (Perkhidmatan Pengurusan) Unisel.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar kes tersebut di dalam penghakiman lisannya ketika menolak saman Dr Rosti dan dua yang lain tersebut antara lain menyatakan bahawa defendan-defendan adalah dilindungi di bawah pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) ketika mereka menyediakan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Siasatan.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan defendan-defendan tersebut mempunyai niat jahat ketika menerbitkan laporan tersebut.

Hakim juga memutuskan plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan di dalam beberapa laporan akhbar yang mengaitkan mereka telah dibuat oleh defendan-defendan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pihak-pihak menanggung kos masing-masing.

Keeempat-empat defendan tersebut diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Datuk Dr Rosti dan dua yang lain diwakili oleh Encik Abdul Rahman Azubir.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10549-mahkamah-tolak-saman-bekas-nc-unisel

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: