Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor > “Undi PAS masuk syurga?”

“Undi PAS masuk syurga?”

UMNO memainkan isu kononnya ada pimpinan PAS kata kalau undi PAS masuk syurga.

Apabila PAS minta bukti siapakah yang berkata begitu, bila tarikh dan masa, dan di tempat mana, UMNO tidak boleh bentangkan bukti. Jelas, UMNO hanya membuat kenyataan fitnah dan cuba menipu rakyat melalui teknik manipulasi.

Tapi katakanlah secara hipotetikal siapa undi PAS masuk syurga itu betul, maka apakah undi orang Islam ke atas PAS dalam pilihanraya nanti boleh menjadi salah satu sebab dia masuk syurga?

Mungkin perbandingan di bawah ini boleh menjelaskan mengapa orang yang undi PAS akan mendapat pahala kebajikan dan lebih mudah masuk syurga daripada mengundi BN (UMNO).

1. PAS mengajak rakyat berugama Islam kepada Al-Quran dan Sunnah, dan indi sebut dalam Perlembagaan PAS; manakala dalam Perlembagaan UMNO tidak ada hal ini.

2. PAS mengajak rakyat berugama Islam menyempurnakan salah satu daripada tuntutan iman iaitu menegakkan hukum Allah  termasuk hukum hudud di tempat umat Islam majoriti. Manakala UMNO secara terang-terang tolak hudud.

3. PAS bekerjasama dengan siapa sahaja termasuk orang bukan Islam seperti DAP yang bersedia untuk membantu PAS membina masyarakat Malaysia di bawah kerangka Islam, manakala UMNO tidak bersedia kerjasama dengan PAS dalam hal ini dan sebaliknya membuat pelbagai angkara yang membawa manusia supaya khianat kepada Allah termasuk melakukan perkara yang haram seperti judi, arak, pelacuran, penindasan, dan penyelewengan harta rakyat dan negara.

4.  PAS meletakkan Allah sebagai matlamat hidup, Rasul pimpinan ummah, Al-Quran sebagai panduan, Jihad sebagai jalan kita, dan mati syahid sebagai cita-ciita tertinggi. Manakala UMNO meletakkan kepentingan parti lebih tinggi dari kepentingan Islam. Mesej PAS dirakamkan dalam lagu tema rasmi PAS dan dinyayikan dalam semua majlis rasmi agar ahli PAS dan penyokong tetap ingat untuk hayati mesej ini hingga hari Kiamat.

Maka apakah tidak layak orang Islam yang menolak UMNO yang durjana dan mengundi PAS dengan sebab di atas, maka ia boleh membawa orang itu masuk ke syurga?

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: