Home > B. Isu Nasional, C. Isu Selangor > PAS laksana hudud bersyarat…

PAS laksana hudud bersyarat…

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan.

UMNO berhujjah PAS berdolak dalih tidak mahu mahu laksana hudud. Tetapi sebenarnya UMNO sendiri tidak faham pra-syarat dan prosidur untuk pelaksanaan hukum hudud.

UMNO sibok mencabar PAS kerana tidak mahu laksana hudud, tetapi UMNO berulang kali tolak hudud dan menghina hukum Allah ini.

Di dalam kaedah Fiqh Islam, ada pra-syarat yang mesti diambilkira sebelum seseorang dikenakan hukuman hudud.

Kalau suasana ekonomi anggota masyarakat berada di tahap rendah, ramai orang tidak cukup belanja, tahap gaji minima tidak jelas, majikan tidak memberi gaji yang sepatutnya, masyarakat tidak peduli tentang orang miskin, kerajaan tidak ambil tahu tentang kebajikan asas anggota masyarakat, maka apabila seseorang mencuri atau merompak kerana sebab-sebab berkenaan maka orang itu tidak boleh dikenakan hukum hudud, tetapi orang itu tetap salah dan akan dikenakan hukum takzir. Bab ini yang tidak difahami oleh orang UMNO. Bacalah  kisah menarik tentang seorang ibu tua yang mencuri untuk beri makan pada cucunya di Indonesia  Hakim yang mulia, situasi yang mengharukan.

Orang UMNO berhujjah oleh kerana susah untuk laksana hudud, maka tidak perlu dijalankan hukum hudud.  Kenyataan ini adalah salah dari sudut agama.

Hukum hudud adalah hukum dari Allah, dan ia wajib dlilaksanakan, tetapi bagi melaksankannya, pemerintah harus melakukannya dengan hati-hati agar tidak menzalimi manusia. Pra-syarat yang digariskan dalam Islam adalah sebagai tanda keadilan Islam itu dipraktikkan dengan sebaiknya dan tidak disalahgunakan oleh pemerintah.

Apapun jika seseorang tidak boleh dikenakan hukum hudud dengan sebab kesalahannya, maka ia boleh dikenakkan hukum takzir. Tahukah anda apa itu hukum takzir?

Baca lagi:

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: