Home > C. Isu Selangor > VVIP UMNO Selangor terlibat dalam kes bunuh Sosilawati?

VVIP UMNO Selangor terlibat dalam kes bunuh Sosilawati?

Baca maklumat lanjut di sini:

Apabila terdapat dakwaan menyatakan wujudnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, maka pelbagai tandatanya timbul, yang yang utama: Siapa ADUN tersebut?Di dalam beberapa kes “orang hilang” dan kes terbaru iaitu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama dengan tiga yang lain, didapati ianya menunjukkan tentang penglibatan suspek dalam urusan tanah dan malaysikini hari ini mendedahkan tentang wujudnya penglibatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Abdul Rahman Palil di dalam sekurang-kurangnya satu syarikat yang di jalankan oleh suspek pembunuhan kejam berkenaan.Penglibatan Abdul Rahman Palil sebagai seorang Pengarah di dalam syarikat yang dijalankan suspek menimbulkan persoalan sajuh manakah perlindungan politik yang telah dinikmati oleh suspek sebelum penahanannya.

Malaysiakini hari ini ada melaporkan:

The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

Abdul Rahman Palil pernah di dalam tahun 2006 diberikan notis bankrap sewaktu beliau masih seorang exco Selangor.

Selain itu Abdul Rahman Palil dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda di dalam kes penjualan tanah di dalam kes PKFZ. Hal ini pernah didedahkan oleh Exco Dewan pemuda Pas Perak.

Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”

“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”

Malah di dalam pilihanraya yang lalu, Abdul Rahman Palil telah didakwa bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding di DUN Sementa pada hari pencalonan tersebut. Ketua Pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Sementa melawan Abdul Rahman Palil gagal hadir dan dikatakan bercuti di Port Dickson.

Justeru itu, rakyat seluruhnya mengharapkan satu siasatan penuh dilakukan untuk mempastikan setakat mana wujud perlindungan politik yang diberikan oleh bekas exco kerajaan Selangor berkenaan kepada suspek sehingga sudah sekalian ramai menjadi mangsanya.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ?

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Ahli Parlimen S Manikavasagam (gambar kiri) berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini. Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.

“Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!” kata Manikavasagam.

Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.

Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.

“Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih,” kata Manikavasagam.

Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.

“Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis,” ujar Manikavasagam.

Rujukan
Categories: C. Isu Selangor
  1. Selangor Kita
    May 31, 2012 at 12:35 am

    Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.

    Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

    Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu

    Bekas peguam, N.Pathmanabhan memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia tidak

    merancang dan berkonspirasi dengan tertuduh lain untuk membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas.

    Pathmanabhan, 43, yang merupakan saksi pertama pembelaan, berkata dia juga tidak mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan itu. Tertuduh turut menafikan dia membunuh Sosilawati kerana meminjam wang daripada jutawan kosmetik itu.

    Sebaliknya, Pathmanabhan berkata dia yang telah meminjamkan RM4 juta kepada Sosilawati dan pembayaran dibuat melalui dua keping cek. “Kalau pun saya tiada wang untuk membayar kepada seseorang, saya tidak akan sekali-kali membunuh orang itu,” katanya ketika disoal peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

    Tertuduh dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

    Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

    Kepada satu soalan, Pathmanabhan berkata dia tidak berada di ladang itu antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 kerana ketika itu dia dalam perjalanan ke Subang Jaya.

    Terdahulu, tertuduh berkata dia mengenali Sosilawati pada awal 2008 dalam satu pertemuan di

    Hotel Pan Pacific, Sepang, yang diatur seorang ahli politik, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dan pembantu peribadinya, Datuk Sabari Misran berhubung pembelian tiga lot tanah di Batu Ferringhi, Pulau Pinang milik A.Muthuraja, seorang ahli perniagaan dari Chennai, India.

    Dia turut mendakwa Sosilawati melalui syarikatnya, Southern Symphony Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Muthuraja untuk membeli tanah berkenaan dengan nilai RM25 juta, namun jutawan kosmetik itu, yang sepatutnya membayar deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM2.5 juta, hanya membayar RM1.2 juta.

    Pathmanabhan berkata baki deposit dibayar olehnya, Suhaimi dan Sabari.

    “Dalam perjanjian jual beli itu tidak tercatat nama kamu, Suhaimi dan Sabari. Bagaimana kepentingan kamu dilindungi?” soal Manjeet.

    “Kami bertiga membuat perjanjian persefahaman (MOU) dengan Southern Symphony,” jawab tertuduh.

    “Mengikut undang-undang, Sosilawati bukan pemilik 100 peratus hartanah itu,” soal Manjeet dan Pathmanabhan menjawab tidak sama sekali.

    Tertuduh juga berkata jumlah keseluruhan harga hartanah itu sepatutnya dibayar selepas mahkamah mengeluarkan perintah penarikan kaveat (sekatan) dan pemindahan hak milik, bagaimanapun, sehingga Ogos 2010, perintah sedemikian tidak pernah dibuat.

    Pathmanabhan berkata Sosilawati, melalui Southern Symphony, kemudian menjual tanah itu kepada syarikat Ample Quality Sdn Bhd, yang mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan seorang daripada pengarahnya, dengan nilai RM29 juta pada tahun sama (2008).

    Dia berkata selepas menandatangani perjanjian jual beli, Ample Quality membayar deposit RM2.9 juta.

    Seterusnya, tertuduh mendakwa pada Julai 2010, Sosilawati mengarahkannya mencari pembeli lain untuk tanah yang sama pada harga RM150 juta.

    “Bagaimana Southern Symphony ingin menjual tanah berkenaan kepada pihak lain sedangkan Southern Symphony telah menjual tanah itu kepada Ample Quality,” soal Manjeet.

    “Ini kerana Southern Symphony dapat tahu yang Abdul Rahman merancang untuk menjual tanah berkenaan kepada syarikat lain dengan harga RM200 juta, jadi Southern Symphony ingin menjual tanah itu dengan harga RM150 juta dan minta saya sediakan perjanjian jual beli yang baru,” jawab Pathmanabhan.

    Tertuduh juga berkata pada Ogos 2010, dia menerima panggilan daripada Sabari yang memaklumkan terdapat pertemuan antara Sosilawati dengan Abdul Rahman pada 28 Ogos 2010, dan Sabari memintanya hadir.

    “Saya bagaimanapun memberi alasan untuk tidak hadir pada perjumpaan itu. Seterusnya pada pukul 11.12 malam, 30 Ogos 2010, Sabari sekali lagi menghubungi saya dan memarahi saya kenapa tidak hadir pada perjumpaan kedua mereka pada 30 Ogos 2010.

    “Sabari memberitahu berlaku pergaduhan mulut besar antara Abdul Rahman dan Sosilawati. Ketika menerima panggilan itu saya berada di Subang Jaya,” katanya.

    Pathmanabhan berkata selepas 30 Ogos 2010, Sabari menghubunginya beberapa kali meminta agar tidak mengaitkan nama Abdul Rahman dengan perjumpaan pada 30 Ogos itu kepada sesiapa, termasuk polis.

    Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok.– Bernama

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: