Archive

Archive for March, 2012

Apa dah jadi………………???

March 31, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

Baju Kakak ke Adik??

March 31, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

“Mini Skirt” & Tarian Pizza?!!

March 31, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

Kelantan Negeri Miskin…..

March 31, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

ADUN Selat Kelang bantu 1600 Buah Rumah Terlibat

March 30, 2012 Leave a comment

 30.3.12
DUN SELAT KLANGHujan lebat yang bermula 3.30 pagi mengakibatkan paras air meningkat dengan pantas dan mengenggelami jalan, taman, sekolah dan lebih 1600 rumah di DUN Selat Klang. Di Kampung Delek sahaja sudah melebihi 1000 rumah. Yang teruk di Kpg Delek Kiri dan Kpg Delek Baru. Dikatakan orang kampung tidak pernah lagi banjir skala begini yang pernah disaksikan di kampung itu.
   Jalan Yadi pula seperti laut. Jalan depan kedua buah sekolah kebangsaan Sg Udang dan Telok Gadong ditutup kepada kenderaan kerana telah ditenggelami air melebihi 2 kaki. Kedua-dua buah sekolah ditutup pada hari tersebut. Setiap inci sekolah digenangi air!Kampung Sg Udang juga turut terlibat dengan banjir walaupun tidak keseluruhannya. Begitu juga dengan Kampung Telok Gadong.
 Bilik gerakan ketiga-tiga kampung dibuka untuk menerima aduan daripada orang ramai dan mendapat pengesahan bagi tujuan memohon cuti daripada majikan masing-masing.
Malangnya ramai juga ahli PAS dan penyokong pakatan rakyat juga mendapat ujian yang melibatkan rumah mereka. Ketua kampung Kpg Delek dan Kpg Sg Udang juga diuji Allah bersama anak buah.

Bilik gerakan dibuka seawal 7.45pagi di Kpg Delek. Pusat Khidmat ADUN Selat Klang juga dinaiki air yang menyebabkan komputer dan mesin fotostat tidak boleh digunakan. Maka bilik gerakan dioperasi secara maksima. ADUN Selat Klang memberi sedikit input kepada YAB MB dan Pegawai Daerah Klang membuka bilik gerakan pukul 9pagi dengan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan. Sejurus habis mesyuarat mereka terus ke bilik gerakan JKKK Kpg Delek bertemu dengan ADUN dan Ketua Kpg yang ketika itu melayani penduduk yang sesak membuat laporan.

   ADUN menaiki 4 wheel dengan Pegawai Daerah untuk memantau semua kawasan. Turut serta dalam rombongan Pemangku YDP MPK, Pegawai JPS Klang, Polis, JPA untuk meneliti keadaan sebenar dan mengenalpasti kawasan yang paling teruk.

Semua bilik gerakan dikunjungi untuk mendapat berita yang tepat dan menganalisa keperluan semasa seperti perpindahan, bekalan makanan dan minuman serta risiko kemalangan serta masalah keselamatan dan isu pesakit yang memerlukan rawatan dan ambulans.

Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa. Hanya dua kes pesakit kronik yang perlu dipindahkan. Tindakan pantas daripada JKKK, MPK dan warga pejabat ADUN, perlu dipuji. Adab dan susila orang kampung ketika dihadapi musibah juga amat membantu proses menangani masalah yang berskala besar yang bertumpu di bilik gerakan JKKK.

 Awal-awal lagi ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali telah meminta kepada D.O. supaya mempastikan kebajikan dititikberatkan. JKM menyediakan hanya sedikit makanan. Pejabat ADUN perlu menampung yang baki.
Memfotostatkan borang dan Kad Pengenalan menjadi satu aktiviti utama dalam bilik gerakan tersebut. Alhamdulillah, zaman teknologi tinggi amat membantu.
Bilik gerakan yang disponsor penghawa dingin juga membantu menyediakan suasana yang lebih selesa kepada petugas yang bekerja seperti lipas kudung.
YAB MB mendapat laporan keseriusan keadaan banjir di DUN Selat Klang dan memutus untuk menunai solat jumaat di masjid Sg Udang dan terus ke bilik gerakan JKKK Kpg Delek setelah selesai.Taklimat DO dan jabatan dan agensi terlibat bersama MB, EXCO, ADUN dan ahli Parlimen Klang diadakan dan diikuti dengan kenyataan akhbar.
Pemprosesan data kemudian proses pengesahan aduan yang melibatkan JKKK perlu ke rumah dan melihat sendiri keadaan rumah memang memerlukan kesabaran dan ketekunan. Alhamdulillah,beberapa pelajar UNISEL Bestari Jaya datang membantu membanci .
Sorting borang mengikut lot rumah untuk memudahkan pencarian di lapangan dibantu oleh wakil zon pejabat ADUN Selat Klang dan memerlukan ruang yang luas termasuk atas lantai!!
Setelah kerja di lapangan dan mendapat maklum balas, mesyuarat penyelarasan di ketuai oleh ADUN dan di laksanakan oleh JKKK. ADUN turun padang melihat kunci air dan anak sungai, parit dan longkang serta memberi komen terus kepada MPK, JPS untuk diberi tumpuan dan diambil tindakan segera.
Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi sumbangan RM300 sebuah rumah, LZS RM300.
Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM5juta untuk kerja jangka pendek yang bersifat segera bagi kerja pembersihan parit longkang dan mempastikan pengaliran air lancar di saliran hingga ke sungai.
Kunci air Kpg Delek menjadi destinasi terakhir ADUN Selat Klang untuk melihat dengan mata kepala sendiri kunci air  yang dikatakan kritikal kerana ia menyambung Sungai Telok Gadong ke muara Sg Klang.

http://drhalimahali.blogspot.com/2012/04/banjir-selat-klang-adun-selat-klang.html

Categories: C. Isu Selangor

BN hapus hutang VIP RM589 juta, tapi kejar pelajar untuk kutip hutang PTPTN

March 29, 2012 1 comment

Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS akan menyokong tindakan mana-mana kumpulan pelajar yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Menurut Timbalan Presidennya, Mohammad Sabu, sokongan itu adalah selari dengan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di mana setiap rakyat dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak.

“Pelajar yang akan menggerakkan himpunan, PAS akan menyokong gerakan pelajar itu,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS, petang ini.

Tegasnya yang menuntut agar kerajaan menghapuskan hutang PTPTN yang ditanggung oleh pelajar sebagai tanda kasih sayang kerajaan apatah lagi menjelang pilihan raya.

“Hutang korporat yang yang diberi pijaman mudah oleh kerajaan boleh dihapuskira sedangkan pelajar yang akan berkhidmat dengan kerajaan dipaksa begitu rakus untuk membayar hutang.

Jelasnya, hutang Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd hampir RM600 juta boleh dihapuskan begittu sahaja malangnya hutang pelajar yang hanya RM6,000, RM10,000 dan RM3,000 tidak boleh dihapuskira.

“Oleh kerana, kerajaan hapus kira hutang-hutang korporat itu, ia membawa perubahan ekonomi dan kepada negara yang lebih dahsyat lagi,” katanya.

Muhammad Sabu berkata, tindakan rakus PTPTN dalam mendesak pelajar membayar hutang seolah-olah pelajar terbabit dilihat seperti berhutang dengan institusi bank.

Tegasnya, ramai pelajar tajaan PTPTN tidak dapat sambung belajar di dalam atau luar negara bahkan ada yang ditahan pasport kerana gagal membayar balik pinjaman.

Sehubungan itu, katanya PAS akan mengambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Terengganu kerana tindakan menarik balik biasiswa sembilan pelajar Mesir kerana menyertai Himpunan Bersih tahun lepas.

“Bagaimanapun, kita akan lihat perkembangan sekiranya tidak ada apa-apa perubahan berhubung penarikan biasiswa itu kita akan berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Bahkan katanya, PAS akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan untuk mengutuk tindakan kerajaan Terengganu yang tidak menghormati hak manusia untuk menyertai mana-mana perhimpunan.

“Himpunan aman sudah diterima sebagai fenomena umum, dan ia bukan satu perkara yang pelik bahkan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9106-pas-sokong-demo-tuntut-hapus-ptptn

Dulu, kini, selamanya Barang Naik, BN

March 29, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran

Ramai orang pandai masuk PAS – Tun M

March 29, 2012 Leave a comment

Kos ubahsuai pejabat EXO Selangor, Hassan Ali …membazir atau komisyen?

March 29, 2012 Leave a comment

Khalid dalam jawapannya memberitahu,

  • Hassan Ali telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Belanja ubahsuai pejabat exco yang lain mengikut prosedur kerajaan negeri adalah

  • Ean Yong Hian Wah (RM146,000),
  • Rodziah Ismail (RM119,000),
  • Xavier Jeyakumar (RM70,000),
  • Ronnie Liu (RM53,000),
  • Yaakob Sapari (RM32,000),
  • Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000)
  • Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
  • Halimah Ali (dibawah RM 1000.00)

Sumber: http://www.selangorku.com/?p=4495

Azmin berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku Menteri Besar tidak berbuat demikian.

Selain itu, Azmin juga mempersoalkan tindakan Hasan melaksanakan program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang disifatkan sebagai satu pembaziran kerana membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.

Hasan juga didakwa suburkan pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-ubahsuai-pejabat-hasan-ali-ikut-tatacara-1.34846

Categories: C. Isu Selangor

Kalau SPR gagal penuhi tuntutan BERSIH 2.0….boikot PRU?

March 28, 2012 Leave a comment

Categories: D. Risalah edaran