Home > C. Isu Selangor > Tabung Budi dan Syabas Air Selangor

Tabung Budi dan Syabas Air Selangor


SHAH ALAM, 7 DISEMBER
 : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menarik balik samannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mempertikaikan program Tabung Budi anjuran syarikat bekalan air itu.

Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman tersebut pada Isnin lalu, selepas perbicaraan berjalan selama dua hari iaitu pada 25 November 2011 dan 5 Disember 2011 dimana empat saksi SYABAS telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata insiden ini jelas membuktikan pertikaiannya terhadap program tersebut selama ini adalah benar.

“Saya menyeru kepada SYABAS supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika,” kata Abdul Khalid menerusi satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada SYABAS.

SYABAS kemudiannya menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air.

Program ini dilancarkan kononnya adalah sebagai skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin melunaskan tunggakkan bil air mereka.

Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan SYABAS tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010.

Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi. Bagaimanapun, Mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011.

“Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja SYABAS atau PEKA.

“Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Dato’ Roslan Hassan,”jelas Abdul Khalid.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co.

http://www.selangorkini.com.my/my/berita/35732

Categories: C. Isu Selangor
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: