Home > B. Isu Nasional, D. Risalah edaran > Sultan Sulu pun dapat IC biru, hasil kerja BN-UMNO tapi tuduh Anwar

Sultan Sulu pun dapat IC biru, hasil kerja BN-UMNO tapi tuduh Anwar

563395_274225796042694_1609662975_nDYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu.

Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan.

Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim.

Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali.

Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.

Mulai hari itu Tuanku mendapat surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut sehingga 1982 dan menduduki Sijil Rendah Pelajaran – SRP (Kini penilaian Menengah Rendah- PMR) Dua tahun kemudian, beliau diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SMK Putatan, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Tuanku tinggal dengan lima keluarga angkat.

Kehidupan Tuanku yang berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Tuanku melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.

Tuanku juga adalah Penaung kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.

Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa, Tuanku menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris – The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.

———————

KESULTANAN Sulu tetap berkeras mengatakan wilayah Sabah di Malaysia adalah milik mereka. Hal ini berdasarkan fakta sejarah dan berbagai dokumen. Pihak Sulu mendakwa bahawa Malaysia telah menyewa Sabah daripada mereka, dibuktikan dengan selembar cek.

Jurucakap Kesultanan Sabah, Abraham Idjirani, mengatakan, sikap Malaysia yang berusaha mengusir orang-orang mereka dari Lahad Datu, Sabah, itu adalah ‘salah besar’. Menurutnya, Sabah adalah milik mereka dan Malaysia tidak berhak atasnya. 

Menurut berita ABC CBN News, Khamis 21 Februari 2013, Idjirani menunjukkan beberapa dokumen tuntutan Sulu atas Sabah. Dia juga menyertakan selembar cek senilai 69,700 peso atau hanya kira-kira RM5,300 sebagai pembayaran sewa bumi Sabah kepada Malaysia.

“Ini adalah cek yang dibayarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Filipina. Nilainya setara 69.700 peso, untuk wilayah seluas 77,699 kilometer persegi,” kata Idjirani. 

Wilayah Sabah dulu dikuasai oleh Kesultanan Sulu setelah diberikan oleh Sultan Brunei sebagai balas jasa atas bantuan Sulu mengatasi pemberontak. Pada tahun 1878, Sulu menyewakan wilayah Sabah pada perusahaan British North Company milik Inggeris yang pada masa itu menjajah Malaysia.

Semasa Malaysia merdeka tahun 1963, sewa Sabah dialihkan dari pemerintah Inggeris ke Malaysia.Tahun 1962, Kesultanan Sulu memberi mandat pada Presiden Filipina Diosdado Macapagal berunding mengenai wilayah Sabah yang mereka miliki. Sejak itu disepakati, Kuala Lumpur perlu membayar sewa tahunan sebesar 5,300 ringgit atau setara 69.700 peso kepada pewaris tahta Kesultanan Sulu.

Namun tahun 1989, kata Idjirani, peranan Filipina merunding atas nama Sulu dicabut oleh Sultan Jamalul Kiram III. Dia mengatakan, pemerintah Malaysia tidak ingin isu ini dibesar-besarkan, kerana “yang diberikan kepada Malaysia bukanlah pengumuman berdaulat.”

“Ini adalah dokumen sewa oleh British North Borneo Company dan dialihkan oleh Kerajaan Inggeris tahun 1963 ke pemerintah federal Malaysia,” kata dia.

Dia juga menunjukkan dokumen pembayaran senilai 73,040.77 peso kepada Kiram pada 16 April 2003 sebagai pembayaran sewa pada pewaris Kesultanan Sulu untuk tahun 2002.

“Ini menunjukkan bahawa fakta sejarah dan undang-undang kami memiliki wilayah itu,” ujar Idjirani.

Sementara itu, tentera Malaysia pada masa kenyataan ini dibuat masih mengepung Lahad Datu, dikuasai ratusan orang Sulu yang dianggap bersenjata. Mengepung pasukan makanan Sulu yang dipimpin oleh adik Sultan Karim, Rajah Mudah Agbimuddin Kiram. (IH)

About these ads
  1. Geebauk
    March 4, 2013 at 3:21 pm

    Kadazans and all Malaysians wake and fight for your land! Sold land may receive royalties period. Stick to the initial referendum stubbornly. We have to mate so help us god

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: